Internet Problems & Another Trip

Yeayyy!! Akhirnya boleh da masok sini balik =) Entah hape ntah HR gocoh ngan ShTech pasal internet down semalam. Biasa lah tu kan? Kat dunia ni mana ada benda yang perfect tip top semuanya. Sekali sekala of course akan ada masalah timbul. Sama macam hidup kita jugak. Kesian kadang tengok habi pasal kalo internet down neh, tak lain tak bukan dia & sparring partner la tak sudah-sudah orang call. Naik semak otak katanya. Tak dan nak buat kerja, berderet-deret call masok tanya itu ini. Sabolah wahai inchik habi...

Yang paling menyampahnya, tugas habi pon kadang mengheret aku sekali. Macam la aku tawu pape. Tak suka taw! =.= Yang jaga internet line semua tu suami saya. Bukan saya. So nape nak tanya saya macam-macam? Pelik lah orang-orang sini. Pantang takde internet kejap, masing-masing macam pungkoq kena panggang dek api. Manjang cecepat nak tuding jari salahkan orang IT. Padan muka kena blocked semua tak boleh masok tadi. Rasakannn! Banyak cakap sangat, bos habi kata " ok. blocked semua site kecuali emel & e-leave ". COO jer boleh accessed semua. Terkedu HR. Yang tak syoknya HR yang bengong punya pasal, semua staff kena bahananya. 

Oklah. Skrg dah ok. Rasanya diorang dah berjaya capai kata sepakat lah tu. Tak sabar nak tanya habi apa yang terjadi sebenarnya. Pagi tadi habi cakap memang " hot " betol pasal issue neh. Hehehe =P

Ehhh..dalam pd semua site kena blocked, aku as usual menggunakan cara yang illegal, telah berjaya booked ticket flights to Medan kat AirAsiaGo. Orang lain selok masok AirAsia sebab promosi, aku masok sana aje. Senang aje teros dapat booked. Hehe. Trip yang ini aku ajak 2 adik aku yang masih single, Anje & Hirraz. Perginya bulan 11. Masa tu Kak Ya, Mak & Abah should be at Mekah. InsyaAllah. Nak try bulan 12 pergi ramai-ramai tak boleh. So jadiklah ajak adik 2 orang tu aje.

Suka sangat sebab murah. Average per person cuma RM256 macam tue. Percutian 4 hari 3 malam. Flights & hotel 4 star included. Pegi KK bulan 5 nie lagi mahal okeh! Maybe sebab akhir tahun kot. Lambat lagi masanya nak sampai.

Cuma kalo jadikla plan nak pregy tengah tahun nie, masa tu nanti aku dah memboyot la kot. Harapnya aku larat la. Asal takde mabok-mabok, InsyaAllah everything should be fine =)

Rasanya cukuplah percutian yang dalam waiting list skrg neh. Skrg nak cari flight ke Alor Star or Penang. Mahu ke rumah Kak Ya. Macam kesian nak suruh habi drive jejauh lagi ke sana. Cukuplah masa g Kuantan aritu aje. Tapi masok AirAsia asyik dalam waiting room. Guane? T_T



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat