Kisah Emak Yang Terkesan

My mom baru aje lepas called tadi. Dia ada kisah yang sangat menyentuh perasaan aku. Terasa sangat kehebatan & keagungan Allah SWT.

Kisahnya macam nie. My mom dah banyak kali hilang kad pengenalan dia taw. Kalo lagi sekali hilang ntah-ntah kena masuk penjara. Gitulah abah aku cakap. Tak tawu betol ker atau sekadar dia nak menakotkan mak aku. Huhu. So mak cerita, baru-baru nie purse dia hilang. Bila hilang purse, bermakna hilanglah sekali ic ye dop? So mak pon sangatlah susah hati. Dia solat hajat banyak-banyak kali utk dapatkan semula at least ic dia tu. Tak kisahlah kalo duit dalam tu hilang pon. Yang penting ic.

So abah aku pon mak kate dah macam rimau marohnye. Deme siap dah pergi ke kedai-kedai yang deme pergi kat bandar sana utk tnya ada tak nampak purse dia. Semua kedai kata takde. So hampa lah mak aku. After a few days, mak abah ada ke masjid utk dengar ceramah tentang haji. So mak pon amek kesempatan sebelum kursus bermula, sampai masjid terus ke saf yang paling depan, solat sunat & kemudian terus solat hajat. Sekali lagi mohon pd Allah jumpakanlah purse dia yang hilang tu.

Kali nie mak niat kalu duit tu tak hilang, dia akan sedekahkan semuanya. Yang penting ic dia dapat semula. Mak kata dia solat tu dalam keadaan yang sangat susah hatinya. Memang betol-betol mohon pd Allah supaya jumpakanlah purse yang hilang tu. Usai solat, mak duduk termenung kat luar masjid. Tiba-tiba dia tergerak hati meraba beg haji kecik yang dibawanya. Dalam tu ada segala barang yang berkaitan dgn haji, buku kecil etc semualah.

Mak kata  tiba-tiba dia teraba sst yang keras. Ehh..is it possible? Mak pon cecepat bukak beg haji tu & suddenly nampak purse dia yang hilang tu. Mak kata berderau darah dia masa nampak purse tu. Macam panas gitu seluruh badan. Maybe pasal adrenalin yang meningkat naik scr mendadak la. Hehe. So dia ucap syukur pd Allah sangat-sangat pasal purse dia dah dijumpai. 

Katanya mmg sangat tak logik purse tu ada dalam beg tu. Pasal masa g bandar mana ada bawak beg haji tu. Memang semata purse aje kata mak. Allah Maha Besar. Kun fa ya kun. Apabila Dia kata jadi, maka jadilah. Allah Maha Hebat.

So mak pon terimbas semula macam mana purse tu boleh hilang sebenarnya. Actually Kak Ya ada bagi mak duit RM100 utk beli makanan kucing kt rumah tu. Duit itulah yang mak simpan dlm purse hilang. Duitnya mak tak guna utk beli mknn kucing pasal masa abah dpt duit BR1M ritu, beli mknn kucing pakai duit itulah. So kesnya kt sini mcam mak tak amanah pd Kak Ya. Dah Kak Ya kata duit tu utk mknn kucing, so kena pakai duit tu jugalah. Tak bolehlah nak pakai duit dr hasil yang lain pulak. Gitulah agaknya. Ini andaian mak ngan aku jelah hehehe.

So sebab mak dah niat nak sedekah duit RM100 tu if jumpa, so mak pon teruslah sedekah semuanya masok dalam kotak masjid. Aku cakap memang wajib sedekah sbb mak dah niat. Kalo mak tak sedekah, sok lusa nanti Allah bg peringatan semula. Nak gitu? Huhuhu.

So aku rasa sangat terkesan la dgn cerita mak aku neh. Aku sndiri kalo duit aku hilang, usually aku ckp dlm hati mesti aku ada buat sesuatu yang tak baek neh. Kadang kite boleh trace balik kt mana kita buat silap. At times mmg tak sedar. So mmg aku lupakan aje duit tu. Anggap ianya bukan rezeki aku. Utk org lain maybe. Gitu ajelah.  

Maybe orang kata aku kolot. Tapi aku selalu fikir setiap kesusahan yang aku alami, aku yakin itu kaffarah dari Allah utk aku. Dia nak 'bawa' aku balik ke jalan yang lurus. Pasal itulah yang aku minta & mohon pada-Nya hari-hari at least 17 kali sehari. Surah al Fatihah " tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang Engkau berikan nikmat bukan jalan-jalan orang yang Engkau murkai & jln-jln org yg sesat. amin."

Wallahualam bis sawab.



Popular Posts