Cherating & Kemaman - Final Day

Sotong segar yang besar. Terliur tengok teros order =P
Murah!
Ikan-ikan segar yang sudah siap di siang

Memang terbaek la kebetulan singgah makan kat restoran nie. Habi ikot dan aje berhenti sini & mmg kami harap la dapat warung yang ok. Masa kakak kedai bawak ikan pari bakar & sotong bakar yang dah siap di curah sambal atasnya, bau aje aku dah dpt agak kompem sedap giler neh. Bila habi hirup kuah sup ayam, dia pon cakap, sedap! Ok. Passed dah tu. Kompem semua sedap. Hehehe.

Pertama sekali aku rasa sambal ikan bakar. Itulah sambal ikan bakar yang paling sedap aku pernah makan selama aku idop kt bumi Allah neh. Sampai skrg masih terasa-rasa kat lidah kesedapannya. Licin semuanya kami makan. Naurah pon berselera makan nasi kuah sup ayam. Budak tu ayam mana nak makan sangat skrg neh. Manjang kuah ajelah lauk dia. Pastu sayur. Senang hati aku sbb Naurah suka makan sayur. Terutamanya sayur hijau cam bayam, sawi etc. Jadi vegetarian pon takpe kot. Hehe.

Nah! Gambo ikan pari bakar sedap & sotong bakor.

Pari bakar mabelesss

Sotong bakar amazing

Litchin or lethicin?

Selain 2 menu tu, aku order jugak sup ayam utk Naurah, kailan ikan masin, telur dadar 2 biji, milo ais utk Naurah & 2 gelas air suam. Nak tahu bape total rege? RM36.30. Giler murah. Bagi aku n habi murah la. Kami bajet dalam hampir RM50-RM60 gitu. Kalo tawu murah gini, siryes aku order ikan kerapu sweet sour or siakap stim limau. Tapi makan lauk yg kami order nie jer dah sampai ketat skirt dibuatnya. Gadoh pulak dgn habi sape nak perabis ratah pari bakar n sotong tuh. Rezeki yg sgt enak & murah. Alhamdulillah.

Terkilan jugak sbb tak dapat merasa ketam goreng telur masin yg mek Na selalu cerita tuh. Sudahnya hari nie aku ckp siap-siap dgn habi nak beli ketam kat pasor. Resipi dah print out semalam. Hehehe. Harapnya masakan aku tu nanti sempat diambil gambar & tepek kat dlm blog neh.

The foods place

Sedap sangat sampai Naurah buat muka gtu =B

Lepas kenyang perut senang hati, gerak balik hotel & mandi. Pasir laut banyak lekat kat kain. Habis 1 bilik berpasir T_T Tak suka bathroom kat holiday villa sebab takde air panas. Air sejuk tak best mandi lama-lama. Kalo ddk hotel kan aircond pasang sentiasa. So sentiasa la rasa sejuk eventho kat luor panas berdentang kan? Bila mandi, of kos syok air suam gtu. So kt sini aku vote hotel sentral lagi la. Naurah mandi shower sampai taknak keluar okeh! Nampak sgt syok mandi air suam. Maybe aku kena pasang water heater jgk la kat bathroom dlm master bedroom tuh. Baru senang bdk tu nak mandi tak nanes-nanes =.=

Niat dihati nak tunggu konsert Maher Zain kat tv3 pukul 11malam. End up Maher Zain kot yg tengok kami bertiga tido baek punya atas katil. Hahahaha. Sedar-sedar dah pukul 1pagi gtu teros off tv & tido nyenyak sampai ke pagi. So refreshing bila bangun tido dlm mood holiday neh. Muka puas aje masing-masing. Hehe.

Ehh...nak cerita la masa kat holiday villa neh tido Naurah agak terganggu masa mula-mula dia nk tido tuh. Sampai aku kena peluk dia sbb dia terkejut-kejut gitu. Kesian sgt. So aku baca la apa-apa yg patot. Doa pd Allah spy jauhkan gangguan syaitan & barulah tak lama pastu dia tido lena. Kuangjaq punya setan! Kaco anak aku tido pulak. Tak dpt kaco aku, anak pulak ko aim eh! Cisssss...

Esok paginya breakfast kat hotel. Best  tempatnya sbb sebelah dgn pantai aje. Angin sepoi-sepoi bahasa. So nice. Scramble eggs & half boiled egss yang mabeles. Memang feberet aku ngn Naurah tu. Aku jg suka makan porridge. Macam orang tua ye dop? Naurah pon taknak da makan bubur. Hahahha =P
G breakfast pakai baju tido
Muka seronok nak mandi pool

Pas bekpes tak masok bilik pong. Swimming suit Naurah habi dah sesiap sidai kat beranda. So teros salin baju bdk tu g terjun kolam. Balas dendam balik psl ptg sblmnya tu kan aku angkut aje dia gtu tanpa bg peluang. Kesian dia sbb mmg tgh syok mandi tu jerit-jerit dlm kolam. Tetibe aku kaut aje dia bwk lari masok bilik lap bdn ngn towel. Terpinga-pinga budak tu. Aku pujuk ckp kite mandi laut and main pasir pulak yer sama kawan ibu. Tu yang dia diam senyap tak kamok-kamok. Hehehe.

Thats our room. 129#
Kesukaan

Pas mandi, teros kemas barang utk check out. Pukul 11am kami dah check out sebab mahu gerak ke Kemaman mahu cari kopok lekor utk sedara mara & ole-ole utk opis masing-masing. Dah sampai Cherating wajib g Kemaman carik kopok. Dalam 20 minit je dah sampai. Sah aku dah jejak kaki di negeri Terengganu. Yeayyy!!! =D Ini bermakna tinggal negeri Kelantan, Sabah & Pulau Pinang aje yg aku belum pernah jejakkan kaki. Sabah ada lagi bbrp bulan sblm out of list. P.Pinang pon rasanya dlm tahun nie jugak boleh jejak. Kelantan tu yang takde dlm perancangan lagi. Hehehe. InsyaAllah 1 hari nanti....

Eh..sblm checkout sempat makan kek karamel yang Na bagi. Masok dalam peti, makan sejuk-sejuk memang heaven. Nama aje kek besday Naurah. Tapi ibu yang balun lebih. Hahahha. Thanks again Na for the cake. Sedap sama mcm first time aku makan kat rumah Ann dulu =)

Kek yang sedap

Yang telah di geget tikos ke cencorot ntah neh...
Pas makan kek, barulah boleh g Kemaman dengan senang hati. Ape kaitan ntah. Haha. Habi tawu 1 tempat yang katanya kopok leko sedap situ. Dia pon dah ingat2 lupa jalannya sbb dulu pegi 1 bas ada opismate dia tunjuk jalan. Masa tu dia pegi team building kt hotel legend sebelah holiday villa tu. 2 minggu lepas kawen back at 2009 dia pegi. Sedih taw aku sorang-sorang kena tinggal kat rumah in law. Segan pon ade. Seb baek dah berlalu saat-saat itu. Huhuhu =P

Ok back to the story. Habi memang terer kalo bab ingat jalan neh. Terbalik dgn aku. Hehe. So pegi tempat yg betol. Dah siap pack utk org punya, bungkus RM2 kopok lekor siap goreng panas-panas & beli sata 1 cucuk batang besi dlm 10pcs RM3. Terbaekkkkk!!!! Sori gambo takde sbb malas nk bawak kuor camera dah. Takde gambo lansong kat Kemaman. Sedih T_T Nak gambo kt mane pon tak tawu sbnrnya....hehehe...

Pas beli kopok terus patah balik, lalu balik Cherating & masok lebuhrya pantai timur. Syukur jalan tak jem & sampai Sepang pukul 5petang. Sekian, pengembaraan aku & family ke Kuantan & Cherating, Pahang =) 

Moga jumpa lagi di masa hadapan....




Popular Posts