Naurah 2nd Birthday Celebration

Birthday cake @ nursery
Birthday cake @ in law house
Happy lepas tengok birthday cake
Buat onar kat rumah Wan. Mentang-mentang la hari tu birthday dia....
Birthday girl ketiduran la pulak....soh tido siang takmau
Ini lah bahana bila habi jadi photographer...maroh betol aku!grrrrr.....

Alhamdulillah majlis kenduri doa selamat sempena keberangkatan family in law ke tanah suci Mekah & sambutan hari lahir Naurah Zayanie sudah pun berlansung dengan jayanya. Tak banyak gambar yang di snap pasal masing-masing sibuk melayan tetamu. Takpelah asal ade gambo sikit-sikit buat kenangan. Gambo kat henpon Anje for nursery celebs tak sempat nak amek lagi. Huh!

Tiba-tiba takde idea nak tulis apa. Hehe. Speechless mak nak pasal ko dah genap 2 tahun. Hahaha. Poyo punya alasan. Anyway macam plan pulak sempena 2 tahun, kek pon ada 2. Padahal takde niat pon. Apakah ini bermakna next year kek kena ada 3? Pitams mak nak. KehhKehhh =P

Thanks to all yang bagi sumbangan duit pada Naurah. Murah rezeki anak mak. Mak pon nompang la sekali. Hehe. Thanks to Pak Ngah Naurah yang bagi present Elmo talking yang beli kat Toys R Us tu. Kompem mahal hadiah tu. Pak Ngah kalo bagi hadiah memang de vasss sokmo. Untung Naurah ada pak sedara kayo. Hihi.

Muka takbleh blahhhh.....
Kek muffin elmo diatas adalah pemberian bakal adik ipar guwe. Awek Pak Lang Naurah. Selain tu dia bawak jugak apam polkadot yang comel. Banyak ibu telan. Hahaha. Thanks Ain & Apek! Muffin nie semalam baru Naurah sempat makan. Sekali lagi dia teruja macam tengok birthday cake dia jugak. Haha =P

Menu makan kt rmh in law adalah superb. Nasi lemak yg sedap dap dappp. Sambal tumis, ayam goreng rempah, sate & nasi himpit. Kuih muih yang tak terkira banyaknya & dadih buatan Mak Lang yang super sedap. I like dadih kelapa muda siap ada isi kelapa tuh. 5 bekas kot aku tibai. Haha. Overall, hrp family in law semua dapat menunaikan umrah dengan tekun & selamat pergi serta kembali ke tanah air. Dan semoga Naurah membesar dgn sihat, panjang umurnya & bijak laksana. Jadi anak yang baik & mendengar kata ok!

Happy 2 years old my sweetie pie =D


 


Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat