Percutian Seterusnya & Menjelang Naurah 2nd Birthday

Malam tadi Naurah main-main passport dia & aku. Tetibe aku jadi selok nak holiday negara orang lagi. Bile bonus nak dapat ni hahh? T_T Orang lain dah habis duit, aku dapat pon idak lagi. Stress. Selak-selak m.s passport, tengok ada 2 chop baru kat buku ibu. Vietnam & Thailand. Sedih pulak rasanya. Habi pon sama cuma dia Singapore & Thailand. Naurah baru Thailand only. Bdk kecik mana boleh lawan ibu ngan ayah. Hepp! =P

So aku pon ckp la dgn habi lepas dapat bonus sok kite g jalan-jalan Indonesia nak? Asal dapat chop 1 dari sana kira puas hati dah. Tak kisahlah pegi Bandung ker Bukit Tinggi ker Surabaya ker. Yang penting tahun nie kena tambah chop lagi. Habi cakap, yang penting semuanya ibu bayar oke! =.= Habi masih nak ngungkit pasal pegi Cherating duit dia lagi banyak habis dari aku. Cisss. Berkira sungguh itu olang. Anak bini hepi pon nak berkira. Tak boleh ditukar ganti taw kegembiraan itu! Ecewahhhh =P

Aku pulak kalo duit byk habis utk holiday tak kisah sangat. Dapat spend time dgn anak & suami tue mana boleh tukar ganti kan? ^_^ Tapi iyelah..lain org lain la definisi berbaloi atau tak pengeluaran $ nya tuh. Maybe pd habi duit g holiday lebih berbaloi kalo simpan dlm ASB je kan? Dasar penyimpan punya olang. Huhh!

Hotel maybe boleh guna groupon since byk je pakej yang menariks aku tgk ada kt sana. Looks affordable for us lah. Aku ingat nak ajak Kak Ya pegi sekali. Tapi habi cecepat ingatkan kalo ajak Kak Ya, akhir tahun dia dah nak pegi haji. Thats mean kena pegi dlm bulan 4 gitu ker. Amboi..bulan 5 aku dah nak ke KK. Cepat benau nak kena naik belon lagi.

Ehh..masalah utama bila nak dapat bonus pon tak settled lagi neh. Jauh benar berangannya.......hurmm tsktsk...

Ok ubah topik lah. Tengok countdown ticker besday Naurah tinggal lagi 5 hari jer. Kek 2 bijik dah tempah kat tempat peberetku Kak Anna. Satu nak letak kat nursery Naurah. Bior deme ramai-ramai nyanyi lagu besday kat dia. Mesti dia happy sbb bila nampak kek, sokmo ckp besday. This time its her turn to be sing to =) Aku order kek chocolate Russian Black & White utk Naurah since she loves chocolate so much ^_^

Her second cake is the usual chocolate moist cake with choc ganache. Yang ini with edible image her new feberet cartoon character Dora & Mozhu. Since Naurah tgk cartoon Dora nie Arabic version, so Booths si monyet tu di kenali dgn nama Mozhu. Map pon Naurah panggil " kharita " pasal in Arabic. Dpt la sikit-sikit blajar bahasa syurga. Jgn jadi macam ibu kt sek.agama dulu majang fail bahasa arab. Wakaka =B

Kek kedua nie utk hari Sabtu punya kenduri at my in laws. Deme buat kenduri sempena keberangkatan mereka sekeluarga tak termasuk habi, aku & Naurah sobs sobsss ke Mekah utk menunaikan umrah jumaat next week. So buat sekali harung jelah dgn besday cucu sorang yang kebetulan jatuh hari Sabtu tu jugak. 2 in 1 bak kata orang tu. Kami sponsor kek & bagi duit utk belanja sket je kat deme. Masak apa semua tak tawu huhu. Belasah ajelah ape pon mknn yang ada. Orang tolak batu kayu je mmg xde masalah. Hahaha


Tetibe rasa nak letak gambo nie..kohhkofff



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat