Ujikaji Senaman Is On The Way

Ok. Pagi ni siryes takde idea nak merapu ape. Cuma nak update pasal berat badan yang menaik semula. Perut semakin maju ke depan. Habi mula la selok nak buat main lagi =.= Tapi aku noticed perot habi pon ada kenaikan lemak. Mana taknya, kami asyik makan McD gara-gara melayan si Naurah tu. Tu belom masok KFC, Nandos & Big Apple lagi.

Kadang tu bila ada duit gaji lebih bukan bagos sangat. Banyak habis kat makan sedap-sedap pulak. End up jadiklah kembang semangkok aku. Habi dalam lemak bertambah pon, takde effect sangat. Baju tetap nampak hemsem aje dipakai. Takdelah ghoper aku dah macam nenek kebayan gelebeh sana sini. Nyampah taw! T_T

Aku tak sabar sangat nak dapat bonus tahun nie. Entahkan akhir bulan nie atau akhir bulan depan. Hari-hari bersyarah kat habi perlunya aku membeli treadmill bila dapat bonus nanti. Bukan aku aje yg boleh guna. Semua orang yang ddk kat rumah tu pon boleh pakai. Termasuklah si kenit tu kan? Agagagga =P Aku dah dapat bayangkan masa aku nak berlari atas panel tu sok, dia pon sebok-sebok nak naik sama. Maybe aku perlu bangun seawal 6pagi utk bersenam selama 30 minit dulu sebelum budak tu celik mata. Macam la awal sgt kan? Hahahha

Sehari dapat berlari 30 minit rasanya dah cukop baek kan? Aku nak uji samada badan aku memang akan turun kalo bersenam. Now dah dapat tahu yang badan tak naik banyak even makan mcm hantu lapo kalo minum air masak at least 3 liter sehari. Pasnie kite buat ujikaji senaman pulak yer. Adakah aku mampu utk menurunkan berat badan dgn mengamalkan gaya hidup yang sihat?

We'll see.

Tapi aku tetap nak makan apa yang aku rasa nak makan oke! Thats how I enjoy my life =)




Popular Posts