Bonus - Adakah Minggu Depan?

Exec sebelah aku nie selok betol dari minggu lepas tanya pasal bonus. Tak sabo benor dia nak dapat duit banyak. Hehehe. Aku malas sebenarnya nak fikir sangat pasal malas nak stres tak tentu hala. Buang masa aje. Huhu

Hari nie selok lagi dia cerita yang despatch tunjuk kat dia cheque amounting to RM1.3 million nak hantar ke bank. Itulah katanya jumlah bonus yang bakal masuk dalam akaun staf yang berkelayakan utk mendapatnya. Tak pastilah sorang dapat bape bulan sebenarnya. Tak kisahlah asalkan ada. Aku terima aje dengan penuh syukur rezeki dari Allah =)

Yang aku selok lebih cuma tang increment aje sebenarnya. Bonus nie utk sekali nie aje. Tapi increment tu effect gaji tiap bulan okeh! Lebih penting la buat diri aku pasal nak allocate siap-siap peruntukan perbelanjaan setiap bulan tuh.

InsyaAllah by next week dapat kot bonus neh. Tunggu surat ajelah dari HR skrg neh. Aku berazam taknak berjoli sangat duit bonus kali nie. Habi senyum kamben aje dengar aku cakap cita-cita murni aku neh. Tak percaya la tuh! =.= I don't blame him la sebab after all these years being married to each other, masak sangat dengan perangai pasangan masing-masing kan? Hahahha

So....cancel ker beli treadmill? Ekekeke =P Korang rasa?

By the way, buku tabung haji aku & Naurah masih missing. Manelah aku letak neh????grrrrr

Naurah currently kat rumah dgn Wan dia. Demam pulak budak tue. Kesian dia tak tido lena dah 2 malam. Kuat la pulak virus demam neh. Pdhal dah bagi ubat on time. Ya Allah, berilah kesembuhan pd anakku. Amin.

Cuti 2/4 aku dah approved. P.Perhentian, here we come!!! Siap ade t-shirt tu tak menahan. Best ahh Kak Lin kalo jadi organizer. I lap u lahh kak! Mmuahhhsss




Popular Posts