Jawapan Kepada Komen Cik Anon

Kesian aku. Pagi-pagi dah baca komen yang negatif. Ada cik anon kata aku nampak lebih tua dari usia. Tak tawulah tua kot mane. Kalo tang muka, dah Allah bagi aku rupa cenggitu. Kalo ada kedut-kedut pon, dah memang masanya Allah kata nak bagi timbul kot. So redha ajelah. Aku memang tak pakai produk macam-macam sangat kat muka. Cuma pakai pencuci muka Neutrogena. 1 yang buih biasa. 1 lagi cam scrub tapi boleh dipakai hari-hari tu. Buat masa nie nampak serasi la sebab takdela timbul jerawat & kulit jadi kasar sebab kering when pakai Safi Rania Gold dulu. So malas dah nak tukar jenama lain. Setia ajelah kat Neutrogena sampai dah boring sok.

Cik anon ade gak tulis bukankah aku sekarang tengah diet? So maybe dia maksudkan aku nampak tua dari segi bentuk badan aku kot. Rasanya dah banyak kali aku tulis yang aku diet ala-ala aje. Bukannya strict gila sampai menahan rasa lapar. Makan tetap makan. Cuma kurangkan karbohidrat cam nasi or mee gitu. Kurangkan tak bermaksud tak makan lansong okeh! So bila kita buat diet ikut kemampuan diri kita, kesan tu takdelah nampak banyak mana. Kalo timbang berat pon selalunya sama aje macam tak diet.

Tapi in inches rasanya memang ada pengurangan. So macam itu ajelah dia. Asal aku tak susah hati sebab tak diet lansung sudah. At least aku tawu aku tengah control makan. So hopefully berat takkan naik lagi dari yang sedia ada neh. Sometimes aku tension jugak sebab cam diet tak diet sama aje kan? Tapi habi kata kalo tak diet kang berat naik pulak. So takpelah katanya maintain gini aje. Asal jangan naik lagi.

Sedap la sikit hati dengar habi cakap macam tu. So life must go on. Teruskan ajelah diet ala-ala neh. Nak stres pon kadang macam malas. Haha. Boleh gitu ek? ^_0

Ermm...kalo cik anon maksudkan tua dari segi pemakaian, rasanya bab tu aku pon dah sedia maklom. Yang ini aku tak kisah sangat eventho dah tawu cam pakaian makcik-makcik. Sebabnya bila aku beli baju, aku refer pd habi dulu. Apa yg molek dimata dia, molek jelah dimata aku. Dan yang paling penting sekali aku utamakan utk menutup aurat. Memang selalu org kata kalo kita tutup habis nie nampak cam ppn kampong, nampak tua cam makcik-makcik bagai. Its okay for me. Aku pentingkan pandangan Allah pd diri aku bukan pandangan mata manusia =)

So itulah jawapan aku pada komen yang agak mengguris perasaan itu. Harap cik anon berpuas hati dengan jawapan penulis yer. Kalo cik anon rasa dengan bagi komen yang straight forward gitu boleh menimbulkan kesedaran yang lebih kuat pd penulis blog, rasanya anda tidak berjaya. Kerana aku memang sudah siap sedia sedar diri aku nie tak lawa mane.

Ok jap lagi ada meeting. So I have to go now. Jumpa lagi on my next entry =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat