Muke Semon


Naurah, malam nie kite tido berdua lagi lah nak nampaknye. Malam ke-3 tanpa Ayah bersama-sama dengan kita berguling-guling, bergelak ketawa sebelom kebabommm tergolek dok. Hukhuk.

Tak bestnya kalau tak cukop korum. Kadang rasa macam taknak bagi aje habi buat keje luar. Tapi kenalah rational sket kan? Dia kerja lebih masa pun sebab nak bagi anak bini hidup selesa jugak. Tak perlu sampai nak ikat perot or kira-kira duit cukop ke tak nak pergi makan kat McD kan?

Cumanya..itulah...bila dah selalu bersama, tiba-tiba dia tak ada, memang tak best betul rasanya. Usually memang aku akan call habi sblm tido, bagi dia cakap-cakap dgn Naurah, kiss goodnight bagai lah. Then baru rasa proper sket nak tido.

Itu pon ternanti-nanti bila dia nak balik neh. Kadang takot aku tido mati sedar-sedar dia dah ada kt atas katil. Tak best betol gtu. Stakat 2 malam yang lepas, aku sempat lg sambut dia balik bile dia masuk bilik tu. Instinct seorang isteri kot. Terbangun dari tido otomatik. Hehehe.

Naurah pon dah besar. Pandai tanya " Papa mane?" Ahh budak tu selok panggil Papa & Mama skrg. Layankan ajelah. Usually aku pon jawab " Papa work". Naurah tanya lagi " Work kat mane?". Aku jawab "Work kat jaohhhhhh.....". Dia tanya lagi " Jaoh kat mane?". Aku kata " Jaoh kat Selayang sane.....". Naurah kata " Nak pergi jaoh!". OK. Aku mati kutu dah nak jawab ape. Huhu. Pikir punye pikir " Ala, kejap lagi Papa nak balik dah. Naurah tunggu sini aje yer!". Naurah pandang muke aku n kata, " Nak balik dah? Pastu dia senyum cam muke semon. Huhu. Comel.

Camne muke semon? Macam nie....hihihi






Popular Posts