Sekadar Luahan Rasa

Banyak sebenarnya yang aku tak update lagi tentang life aku lately. Nape ntah rasa macam malas nak tulis kat sini. Tapi kalo tak tulis, kang lupe pulak bile masanya parents aku dtg sini, bila masanya confirm tarikh nak pegi P.Perhentian blablablabla so on.

It just that sometimes rasa macam takot orang salah anggap dengan apa yang kite cerita kat dalam blog neh. Takot org kata kita show off & sebagainya. Padahal takde niat lansong pon nak meriak ke hape. Usually memang la fikir, blog aku ikot suke akulah nak tulis ape kan? Tapi kalo apa yang kita tulis hanya menimbulkan rasa tidak senang orang lain pd diri kita, what for kan?

Atau abaikan saja pandangan orang sebab tak jadi kudis ke kite? Macam hidup aku akan diteruskan macam biasa. Bukan ada orang akan baling telur busuk pon pd aku tiap-tiap pagi sebelum masuk opis kan? Hehehe.

Entahlah yer. Ada orang suka bila baca kita tulis perjalanan hidup kita yang tak berapa nak best sgt neh. Tumpang gembira dgn keseronokan hidup orang lain walaupun hakikatnya diri sendiri tak seronok mana. Tapi ada juga yang membaca dengan perasaan menyampah & meluat. Silap-silap sebab rasa tak suka sangat, sanggup jadi cik anon komen yang tak best tak best kat blog kite.

Kesimpulannya pd aku, kita tak boleh nak tentukan perasaan orang dalam setiap tindak tanduk kita. Sometimes buat benda baik pon orang dengki. Benda buruk lagilah orang mengata.

Kalau tujuan kita menulis utk puaskan hati semua orang, memang takkan dapat punya. Tulislah sehabis baik mana pun. Akan ada aje manusia yang tetap takkan berpuas hati.

Wallahualam.

p/s: tak perlu kot nak jeles dgn life aku. sebab hal duniawi yang paling ketara cuma bab pergi holiday aje. lain-lain hal hanya biasa-biasa.....




Popular Posts