Company Trip - Pulau Lang Tengah (Part II)

Dalam 3 kenderaan kami naik holiday kali nie, Naurah paling suke naik bas. Kedua aeroplane & ketiga boat huhuhu =P
Ibu tengah sibuk tawar menawar cenderahati utk opismate. Ala..takat beli keychain ngan fridge magnet aje. Pastu beli sehelai T utk Cik Anje Naurah. Naurah time nie tengah ralit main keychain turtle comel. Gambar nie masa dah sampai kat jeti Merang yer. Tengah tunggu bot besar mari.
Naurah paling takot naik bot. Bot besar nie berjalan dalam 20 minit pastu terpaksa patah balik ke jeti sbb temperature bot naik mendadak. Dr kandas tgh laot, baek la patah balik. So kami naik 2 bot laju berasingan. Sronok pasal angin kuat tampo muke. Name pon bot laju kan? HAHA
Akhirnya kami sampai di sini =) Memang penoh ngan kami aje kat resort nie. Then adelah beberapa orang budak chinesse kolej & chinesse couple & malay. Mostly mmg penuh ngn kami aje. Kat Pulau Lang Tengah nie ada 4 resort aje yang beroperasi. Luas pulau pon dalam 4km aje.
Skrg amek gambo manjang la gini. Mata dia ntah kemana-mana. Masa nie dah lapo. Tengah tunggu hidangan buffet utk lunch. Time lapo kalo makan nasi panas ngn ikan goreng+sambal belacan je pon dah nikmat ^_0
Lepas check in chalet & berehat seround dua, petangnya aktiviti bebas & santai. Ibu & Naurah jd pom-pom girl utk team habi main volley ball pantai. Tengok la budak tu. Ibu tinggal kejap nak snap gambo je pon dah melalak. Maklomler tempat dia tak familiar...manjang takot huhuhu..ibu understand sayang....
Habi: iskhh..camne boleh keluar pulak bola tadi nehhh...Sparring partner habi: adehhh...nak patah pinggang aku terjun tiruk kat pasir tadi...ekekeke =P
Yes. This is the paradise ^_^

* Yun, baju T tu tulis ShTech Family Getaway, Lang Tengah Resort, Two O One Two (2012)

Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat