Gardenia Vs Massimo

Tak lama dulu aku dapat emel yang di fwd oleh kawan aku tentang pengeluar roti terkemuka Gardenia & pengeluar terbaru brand Massimo. Katanya Gardenia dimiliki oleh Tan Sri Al Bukhary which is well known dengan kemurahan hatinya dalam kebajikan, terkaya (orang Islam) so on. Manakala brand baru roti Massimo pula sebenarnya dimiliki oleh Robert Kuok. Rasanya orang terkaya di Malaysia. Genting tu semua memang dia punya lah. Anak lelaki dia pon dah masok dalam senarai orang terkaya kat Malaysia hokeh. Memang family business sungguh.

Gardenia nie since dimiliki oleh orang Islam Melayu, so memang takde issue disitu. Roti pon sedap. Takde hal. Massimo pulak dikatakan menggunakan tepung yang sangat low quality. Katanya if kat negara China sana, orang buat tepung tu bagi makan ba alif ba ya? Itulah yang ditulis oleh penulis emel tersebut. So dikatakan pemilik Massimo neh nak dajal pemilik Gardenia. So dia buat brand roti dia sendiri dgn guna tepung yang sangat low quality. Malah cilok pekerja Gardenia utk tahu resipi roti yang mabeles.

Pemilik emel juga menyatakan yang orang cha ya nun alif semuanya sudah diajak utk beralih kepada roti Massimo. Boikot roti Gardenia milik orang Melayu itu. So kita para pengguna muslim neh di ajak utk boikot pula roti Massimo & stick to Gardenia. Itulah kisahnya.

Kebenaran cerita dalam emel ini tidaklah dapat disahkan since ianya emel berantai. Penulis pon tak tawu siapa. Memule aku tak amek kisah sangat pasal emel neh. Tapi suatu hari tu ada balik ke rumah in law. Aku tengok deme dah makan roti Massimo. Hurm...lantaklah. Deme bukan bace emel pon. Tak tawu cerita kot. Then 1 hari mil buat roti wheat Massimo sapu planta & kaya. Aku pon rasa tergerak nak try. Sedap sangat ke Massimo neh sampai in law berpaling tadah pada Gardenia.

Aku pon makan. Rupanya memang best roti nya. Lebih tebal & fluffy. Huuuuuu......

Malam tadi lalu tepi kedai runcit. Aku soh habi beli Massimo. Pastu rasa bersalah T_T Then aku suarakan la pd habi. Dia kata, kita orang Islam diwajibkan mencari makanan yang halal. Itu yang paling penting sekali. So adakah Massimo itu halal? Yes. Ada chop Jakim, Malaysia. Cer tengok price dia pulak kata habi. Ok. Utk harga pengenalan, roti with wheat adalah RM2.50. Compare to wholemeal Gardenia RM3.40. So kata habi kita membeli berdasarkan kemampuan kita juga. 

Cth klu pergi kedai runcit melayu, harga ikan let say sekilo RM8. Kat kedai cha ya nun alif rege RM5. Takkan kita nak beli kat kedai yang mahal? Memanglah kalau boleh nak support orang seagama. Tapi kalo cekik darah sangat guane? Orang kedai taknak tolong bangsa seagama, kenapa kita tetap nak support jugak? Kita pon bukan orang kaya yang tak kisah harga mahal ke murah.

Bila habi cakap gitu, aku pon cam lega la sikit. Tapi tetap serba salah. Pagi nie breakfast roti Massimo sapu planta & Nutella. Sedap weyhhhhh T_T

Ape pendapatan korang yer? Adakah aku bersalah? Huuuuuuu.....





Popular Posts