Kurang Hutang & Buah Markisa?

Semalam dekat nak balik aku kalut-kalut masok maybank2u nak perjelas segala macam hutang. Well, tiap bulan pon memang macam tuelah. Masuk gaji, transfer sana sini settlekan tanggungjwb ape yang patot, tinggallah balance seciput buat belanja sampai menunggu gaji utk bulan yang seterusnya. Rutin biasa sejak mula bekerja 7 tahun yang lepas T__T

So login, masok kat bill payment pastuuu..........tettt.....ehhh ape yang aku nak bayar nie? Bil Astro mana sampai lagi. Awal bulan selalunya baru sampai. Okaylah gitu. Bayo benda lain pulak. Tettttt....termenung lagi, ehhh nak bayor apa pulak lagi? Personal insurance buat auto debit. 12hb sok dia tolak la siap-siap. So, aku masok maybank2u nie nak buat apa sebenarnya? Tetttttt.....

Begitulah kisah aku petang semalam kawan-kawan. After all those 7 years masuk gaji zaasss bayo hutang, tetibe bebanan kurang macam nie, jadi macam O___o Siryes tak biasa. Hati nie macam manjang susah hati hissshhh tak buat bayaran apa-apa lagi neh. Padahal memang takde apa pon yang nak dibayar. Tunggu bil Atro aje berjumlah RM132.50. Selebihnya.....duit itu ana yang punyaaaaa....HAHAHAH...(gaye cam jin dlm citer Ahmad Albab tu berkata-kata & ketawa hihi)

Diingatkan, penceritaan ini tiada unsur-unsur mahu meriakkan diri whatsoever. Ianya hanya 1 penceritaan dari penulis blog. Tolonggg lah jangan suka membaca cerita orang dari sudut yang negatif.  Just be happy, positive & supportive okay! Barulah hidup kita nie seronok ye dop? ^_^

I am all happy today sebab balik keje nanti nak kemas barang & bertolak balik ke tanah tumpah darahku di selatan sana. Called mak semalam & dia kata buah markisa banyak dah masak. Buah markisa?????? Ape tu? Buah susu kot kalo orang kampong panggil. Sedap ke buah tu? Mak kata masam-masam manis. Zaasss gugel.


Okay. I remember atas pavlova Kak Anna bakemecupcakes ada disiram dengan biji-biji buah markisa neh. Tapi sebab masa tu beli hadiah utk org, so aku memang masih tak ingat guane rasanya. Mak kata buah nie lambat masak. Dalam 2 bulan gitu sebelum kaler hijau dia tukar pd merah. Tak sabar nak rasa balik nnti =P

Thats all for now. Have a great Friday everyone ^_^

p/s: sangat suka minum susu Omega Plus tiap pagi. addicted to that now =D






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat