Mak Kirim Beli.......

Wahh...kalut sket hari nie pasal ada meeting pukul 9am. Before that ada breakfast yang ditaja oleh Siti. Thanks dear. Sedap bihun goreng & kuih lapis tuh. Air teh aku boleh pandang ajelah. Kalo minum sikit nanti senoneng pulak. Aku tawu aku tak boleh menom teh masa kat rumah in law ritu. Baru teguk 2 kali dah al fenin. So, no more teh yer. Sedih la jugak huhuhu =P

So meeting pon dah settled. Kejap lagi mahu buat minute sebelum semuanya terlupa. Minute nih kena buat awal-awal baru laju aje menaip. Kalo buat a week after, memang ntah hape-hape aje aku tulis nanti. Pening bos & managers semua bace. Wakaka ^_0

Baju bajan semua dah siap packed pagi tadi. Yer pagi tadi. Sebabnya malam tadi habi keje lebih masa. So aku memang tak pandai nak kemas things pergi holiday kalo dia takde. Cam mati kutu gitu. Saje ngade-ngade lebih kot aku. Hehe. Tak larat pon iyer sebab melayan Naurah naik beskal panda 1 taman. Turun naik bukit. Pastu sampai rumah nak masak lagi. Lipat baju lagi. Tu yang kehabisan tenaga suda. Payah siot kalo habi takde T_T Orang dah biasa laki tolong buat keje rumah mmg macam nie lah kekdahnya. 

Sebelum tido sempat lagi aku memerah air baju bajan Naurah dalam besen. Tapi nak turun bawah basuh dah tak kuasa. Ingat nak tolong habi la kan? Tapi separuh jalan aje. Tengok jam dah pukul 10.15pm. Si Naurah terlompat lompat lagi atas katil. Tak boleh jadik nie. Bile pulak budak tu nak tido kan? So tutup lampu, tido. Sempat call habi said goodnight semualah.

As usual isteri mithali nehh...ehehemmm...terkejut bila suami dia balik. Mata berat giler. So pelok dia kejap teros kebabommm tido balik. Rupanya dia sempat basuh baju perahan yang aku buat sebelum tido tuh. So pagi td b4 pegi keje sama-sama sidai baju. Hopefully balik keje dah kering sebelum kami bersiap nak hantar Anje ke KLIA, balik semula rumah & kami pulak bersiap. Then off we go to LCCT. Our flight scheduled at 9.55pm. Ngam-ngam time Naurah nak masok tido ^_^

Mak call pagi tadi nak kirim belacan Penang cap Pulau Mutiara. Itu aje tujuan dia call aku. HAHAHHA.

Ok nak buat minute. Tata.....






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat