Habi Dah Pergi

Habi dah pergi T________T

Sunyinya rasa habi takde neh. Haihhh.....aku rasa korang mesti dah bajet entry aku hari Isnin minggu nie adalah begini kan? Wooooooo......

Naurah nanges woh masa lambai Ayah tu. Budak tu memang dah peka dengan alam sekeliling. Dah faham erti ditinggalkan.  Usually pegi masok sama-sama dgn Ayah. Apasal hari nie Ayah pergi sorang masok dlm sane? Maybe itulah yang si kecik tu fikirkan.

Teresak-esak dia menangis sampai dalam kereta & sampailah ketiduran dlm perjalanan balik rumah. Masa dah tido tu nampak air mata atas pipi. Berjurai dia menangis hokeh. Aku kena control macho la pasal wife sparring partner habi relax aje. Kehkehh. Tetibe aku nanges sama dgn Naurah nampak cam poyo bebenor kot. Hehehe.

Sampai rumah memang masok tido aje teros. Lapang katil tido berdua aje. Tak dapat tido terus jugaklah aku awal-awal tu. Kejap-kejap pandang jam tengok dh pukul bape. Habi berlepas pukul 11pm. Siap bayangkan guane keadaan habi dlm flight bagai. Tanda-tanda pra-meroyan kah? Huhuhu. Tp lepas tertido, teros lena sampai dengar Naurah merengek around 5.30am. Dia bantai sambung menangis lah pulak. Bajet diri dia masih dlm kereta kot. Pujuk-pujuk, dia tido balik atas lengan aku. Sambong tido sampai lajak tgk jam dh 6.45am.

Ingatan teros ke habi. He should had arrived at Seoul I supposed. Maybe tgh tunggu bagasi sebelum zass masok hotel kat airport dulu utk rehatkan diri sblm meneruskan perjalanan ke hotel yang akn di diami selama 5 hari nanti. Habi kata masa kat Korea lambat 2 jam dari masa kita. Thats y kena masok hotel dulu tido & rehat sbb sampai sana di awal pagi around 4.20am gitu.

Since my mak & abah ada kat rumah, Naurah seminggu nie tak ke taska la jawabnya. Aku pon tak kalut nak hantar dia ke taska dulu sblm pergi kerja. Elok aje tadi menom susu sebelah atok sambil tengok kartun. Lega rasa hati =) Inilah perlunya mak & abah datang rumah aku bila habi takde nie. Utk tidak menyerabutkan lagi otak aku fikir bermacam hal. Cukuplah menanggung rindu pd habi yang jauh disana saje. Moga semuanya baik-baik saje. InsyaAllah.

Aku sangat berharap hari demi hari dalam minggu ini berlalu dengan sangat pantas. Habi dijangka sampai semula di tanah air pd hari Sabtu petang. We will wait for you habi. We miss you already. Love.

p/s: adakah entry aku spjg minggu nie akan berkisar ttg habi sokmo?hukhukk




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat