I Am All Excited

Sabar yer kawan-kawan. Rambut baru Naurah esok aku upload. Aku pon tak sabar nak snap gambar dia dgn muka baru tue. Budak tu kan rambut halus lurus gitu. Manjang la amoi tukang gunting dok puji rambut dia. Kakak kat sebelah tu pon sokmo puji rambut Naurah. Anak-anak kakak tu pon sokmo ckp 'comelnya'. Eventho yang dipuji itu anak, aku tetap rasa tempiasnya. Kehkehhh.

Bajet anak ikot rambot omaknye sbb rambut habi kaler hitam. Cer kalo deme nampak rambot aku, teros mati akal guane anak rambut molek gitu. Miahaha. Alor..dulu masa aku kecik-kecik mmg rambut macam Naurah tu jugak sebijik sejibon. Tapi ada kisah yang tak best menjadikan rambut aku skrg nie hampeh. Malas nak citer. Malas nak ingat. Bikin panassssss. Huhh!

Aku skrg selok lar sejak period dah datang 30hb lepas, sokmo masok due date calculator tgk klu inilah period aku yang terakhir bagi tahun nie, bile gaknya dijangka bersalin. Hahahha. Selok tak selok la kan? Aku suka bile aku happy macam nie bila fikir ttg 2nd child. Memang kalau boleh aku nak perasaan excited aku tentang anak yang bakal aku lahirkan nanti dirasai in every child. Takde rasa ragu-ragu or negatif walau sekelumit pun. So buat masa nie, aku masih excited dgn perancangan ini.

Malah lebih excited sebab nak usaha petua utk dptkan baby boy. Kalau masa Naurah dulu memang tak kisah sangat pasal jantina. Cuma aku mmg prefer baby girl. Alhamdulillah makbul. Tapi takdelah sampai nak usaha ikot petua bagai. This 2nd child, aku teruja utk mencuba dapatkan baby boy eventho kadang rasa pelik camne anak lelaki sok peelnya. Ngeri gak tengok kawan-kawan cerita bb boy nie lasak bagai. Tapi tak cuba tak tahu kan? So nekad ajelah nak try dptkan geng utk habi main bola. Berjaya atau tidak lain cerita. Kita cuma usaha, apa yang Allah takdirkan sok, aku terima seadanya & dengan hati yang terbuka. Dia yang lebih tahu apa yang terbaik utk hambaNya bukan? ^_^

So perkiraan pun sudah dibuat berdasarkan petua dr blog Ana dr Dr. Hamid Arshad. Since habi will be at Korea from 7th to 11th, so from 12th to16th adalah tarikh utk kami bekerja keras if nak conceive baby boy. Start from 17th to 23rd utk baby girl pulak. Tak banyak hari weyh nak kerja keras. 5 hari aje. Boleh ker? Wuwuwuw. Doa banyak-banyak kat Allah moga lekatlah sperma Y dlm tempoh 5 hari tu. Amin ^_^

If usaha pertama kami nie tak berjaya, maybe lepas period yang selepas nie aku taknak ikot petua kot. Nak usaha aje macam biasa. Asalkan pregnant. Tapi tumpu pd pemakanan & doa ajelah selepas tu. Inilah yang aku rancangkan. Kite tengok jelah macam mana ^_^

Harap kalo preggy sok aku tak fikir yang bukan-bukan pulak. Tetap happy aje mcm skrg. Takot jugak kalo jadi macam 2nd time mommies yang tetibe rasa anak 1st masih kecil whatsoever. Moga Allah terus bagi aku keyakinan & ketabahan dari segi emosi, fizikal & mental utk menghadapi pregnancy yang kedua ini.

Doakan aku yer kawan-kawan. Thank you for happy with me =)

Ibu yakin ko boleh jadi kakak yang baik Naurah. InsyaAllah =)

Jangan buat muka kerek mcm nie dgn adik nanti!!!!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat