Jem - The Neverending Story

Akhirnya boleh dah aku tulis esok habi balik ^_^

5 hari yang cukup mencabar utk aku drive sensorang from BBST - Cyberjaya. Mencabar lar bagi orang yang hampir 3 tahun jadi co-pilot aje neh. Sampai berkarat driving skills aku dibuatnya. Seb baek masih ada lagi sisa-sisa skills tu semua. Kalau tak mau makan 45 minit drive ke opis. Hahaha.

Tapi kan...aku maroh betol dengan JKR neh. Traffic light simpang empat Bangi, Dengkil, KLIA, Putrajaya tu memang dah tak boleh menampung jumlah kenderaan yang melalui jalan tu. Orang JKR dah bekali-kali dok buat banci kenderaan duduk bawah khemah. Tapi solution nya nan hado. Aku nie baru lar 3 tahun guna jalan tue. Dah rasa tensi gini. Cer yang dh lebih lama dari aku. Camne ntah perasaan deme. Tensi kuasa 8 juta kottt =.="

One more thing, kena cepatlah buat sesuatu kat situ sebab memang itulah satu-satunya jalan dr KLIA/LCCT nak ke KL. Bermakna tourist semua kan lalu situ. Bila deme tengok lar keadaan sesak kat traffic light tu sampai berkilometer, tak ker memburukkan imej negara tuh? Pd aku penyelesaiannya cuma 1. Buat fly over. Tak perlu ada traffic light sbb bikin jem yang teramat lar teruk. 

Pagi td aku saje lar x  buat U turn haram kat jalan lama ke Dengkil tuh. Nak tengok berapa lama aku kena tunggu utk dpt melepasi traffic light. 4 kali traffic light hijau hokeh baru dapat jalan. 10 minit lah jugak sangkut kat situ =.=" Seb baek keluar rumah awal.

U turn haram tu memang merbahaya sbnrnya. Tapi kalau tak buat mcm tu, mau 3km kot jem. So tak boleh nak salahkan pengguna jalan raya jugak. Keadaan memaksa maaa. Takkan hari-hari nak bagi punch card merah. Bagi alasan kat bos pon dah tak jalan itu macam.

One more thing, kdg tu mmg ade police traffic jaga. Tapi bila dia lepaskan byk kenderaan banyak-banyak sekaligus macam tu, end up banyak lah accident yang berlaku. Semuanya kes ngentam bontot kete masing-masing. Jalan lurus. Semua orang nak cepat. Kereta banyak & rapat-rapat. Jalan banyak lopak & tak rata. 1 kereta aje spoil tekan brake mengejut, habis semua hentam menghentam. Tak sah kalau tak 3-4 bijik kereta yang kena. Bikin jem lagi. Haihhhhhh =.=

Aku rasa masalah nie bukan perkara baru. Masok paper pon ntah dah berapa kali dah. Tak tawulah kenapa lambat sgt JKR nak bertindak kt masalah kami neh. Sampai bertahun merangka penyelesaian yang tak nampak hujung pangkalnya. Hurmm...entah lahhhh. Maybe kena jumpa PM face to face kot baru cepat penyelesaian dibuat kat situ =.="

p/s: belom lagi kes org selfish dari belakang potong que orang depan. grrrrrr......





Popular Posts