Khabar Dari Seoul

Hari nie aku macam dah normal sket. Hehehe ^_^

Semasa menaip entry ni, tengah chatting kat fb dgn habi =D Lega sangat rasa hati bila dapat direct chat dengan dia. Semalam dgr kabo pon dr kawan dia aje. Tak puas. Now lebih puas hati bersembang dgn empunya diri. Selok. Hahahha =P

Semalam balik keje Naurah excited betul tengok aku dah balik. Bila nampak Ayah takde, pandai pulak dia cakap ' ohh..ayah work...'. Good girl. Tak payah ibu nak terangkan dah. Tapi malam masa nak tido, aku saje test tanya dia ' Naurah, ayah mane?'. Tetibe muka dia mencebik nak menangis. Sudahhhhh. Hahahha. Aku bajet dia okay. Sekali menangis lah pulak. Jenuh nak memujuk pulak. Carik pasal betol aku neh.

Tapi lepas-lepas tu aku try tanya lagi, dia jawab molek pulak ' ayah work jauhhhhh '. Tak boleh nak jangka emosi budak tu. Kadang okay, kadang tak okay. Layankan ajelah. Tapi peel macam-macam pulak dia  buat time ayah takde neh. Memula dah ajak naik atas. Nak sleep katanya. Sampai atas, baring sekejap, dia ajak turun bawah pulak. Nak makan telur katanya. Tadi aku tanya sblm naik atas dia kata taknak makan. Sabokan ajelah. So menggoreng la telur mata 2 biji. Dia makan, muka happy sambil tgk kartun.

Lepas makan, naik atas balik. Dah guling kejap, dia ajak turun bwh lagi. Ckp nak jumpe nenek pulak. Adehh...nenek dah tido lah Naurah. Ntah hape kena. As usual dia tido atas lengan aku, suruh peluk dia dgn 2 belah tangan aku sekali. 'Ibu tutup' dia kata. Tutup tu bermakna suruh pelok dia tutup dgn 2 tgn gitulah. Bila aku dah lenguh, dia tarik balik tgn aku soh tutup jugak. Lama-lama dia tertidur. Lega. Haihh la anak.....

Dah 2 malam tido tanpa ayah. Pukul 4pagi mesti dia terjaga. Malam pertama dia merengek sambung menangis yang tertido dlm kereta tuh. Pagi tadi dia merengek ckp nak susu. Aikk? Sblm nie elok tido sampai pagi takde minum susu dah. Tetibe buat peel balik neh? Aku pon ikotkan ajelah. Turun bwh, panas air, buatkan susu sambil dukung dia. Mengah mak nokks. Huhu.

Sampai atas aku baringkan dia soh minum susu. Dia senyum pastu ckp 'sayang ibu'. Yer. Kenalah sayang ibu sebab dah penat turun bawah dukung awak buat susu kan? Rupanya dia bodek aku jer sbb sbnrnya dia taknak minum susu pong. Terus soh aku baring, nak letak kepala dia atas lengan aku mcm biasa & tido balik. Huwaaaaah. Ko saje menguji kesabaran ibu kan Naurah? Usually kalo habi ade, mmg dia lah yg turun bawah melayan kehendak budak tu. Ini ayah takde ko saje pulak nak pekena ibu pulak kan???? Grrrrrr....

Hari nie mak ngan abah msti sokmo ngadap tv pasal nk dengar news ttg 'durian runtuh' yang dijanjikan oleh kerajaan utk peneroka felda. Abah kata samada mulut akan ternganga sbb jumlah yang banyak atau jumlah yang poyo-poyo aje. Hahahaha. Akan tetap ada 2 kemungkinan ye dak? Keduanya mmg bisa membuat mulut peneroka ternganga luas. Jangan sampai masok lalats sudahhhh...ahahaha...

Berapa pon jumlahnya, at least dapat tampung sedikit sbnyk perbelanjaan mak abah nak mengerjakan haji tahun nie pon dah cukup baik. At least ada drp takde kan? Bersangka baik ajelahhhh....


Ok. Gambar takde kena mengena dengan entry. Wakaka. Tapi sebab bulan nie bulan cinta aku & habi, which is our nikah day is on 23rd nanti, so rasanya aku nak letak lar gambo-gambo masa nikah & sanding dulu. Sebagai memperingati bulan cinta kami. Ecehhh....now sudah relevan kan? Most of the pics takde pon dalam album wedding kami. Tak muat kalo nak letak semua. So aku tayang kat sini mana yang best-best sket tu. Enjoice ^_^ 

Kawen 2009. 3 years later gambarnya masih relevan lagi kan? Takdelah nampak cam outdated sangat. Hahahah =P Sesuai lar dgn ongkos membayar servis photographer nya semua ye dop? =.=" Takpe, kenangan ini utk sepanjang hayat. I have no regret at all =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat