Sisi Negatif Aku

Rasa lambat pulak hari berlalu dalam minggu nie T_T Nyampah lah pulak rasanya. Selalu macam nie klu kite tgh dlm mood tak best. Cer klu balik kampong tu. Laju aje masa berlalu. Tau-tau dah nak balik bandar dah. Nyampaaaahhhhhh!!!!

Dapat chat ngan habi kat fb pon kejap-kejap aje. Dia pon mencurik masa time senggang semasa tgh training tuh. Semalam dapat lah 2 kali chat dlm masa 10 minit gitu. Rupanya waktu kat sana cepat sejam drp waktu kat sini. Cuaca pulak habi kata tak sejuk sgt tak panas sgt. Tp mcm ddk dlm aircond ajelah pasal suhu dlm 18 darjah gitu lah. Ishhkk...cam sejuk gak tu kan? Malam-malam aircond 24 darjah pon dah rasa sejuk. Inikan pulak 18 darjah. Wuwuwuw.

Aku tgh ada feeling tak best jugak nie sbb ada org opis kt depan kata aku pregnant. Woihhh! Aku belom preggy lagi lahhh!!! Aku baru plan utk preggy. Tapi masih belom lagi. Tawulah aku gemok. Tak payahlah nak jaja cerita kt semua orang ckp aku preggy. Lagi buat aku hangin pasal cerita nie bermula dr satu-satunya musuh aku kat opis neh. Minachi yang aku tak bertegur sapa & pandang muka tuh. Kuangjaqqq betol. Maroh aku klu ingat-ingat balik pasal  nie. Suke sgt jaja cerita orang sana sini. Sudah lah tak bertanya sendiri dgn tuan punya badan. Main suka suki assumed aje pastu dok ckp kat semua orang. Manusia jenis ape dia nie?

Saje je nak menaikkan amaroh aku kan? Kenapa ada orang yang suka bz body mcm nie hah? Aku takde kaco dia pon. Takde pon nak jaja cerita kt org lain kt sini ttg perangai buruk dia tu. Paling kuat aku ckp dgn Kak Niza ajelah. Takdelah pegi sana sini dok ngumpat psl dia tu. Bangang betol lah orang macam nie.

Kalau betol pon aku tgh preggy, ko sape nak cakap-cakap pasal aku? Dgn ko pon aku tak bercakap, lagi mau cakap-cakap pasal hal aku. Puiii!!! Nampak sangat memang mental minachi nie kan? Haihh..kalau lah aku nie jenis outspoken, memang aku pergi jumpe aje dia tanya depan-depan, ko cakap ape tentang aku hah? Baru sekedepek kat muka dia gitu. Aku cakap kuat-kuat bagi 1 main office dengar. Padan muka ko!

Tapi aku....huhuhu. Harapan lah nak  buat macam tue. Tak pandai pulak nak serang-serang orang gaduh mulut mcam tue. Dok luah kat sini ajelah rasa sakit hati pd orang. Bukan nature aku kot nak gaduh-gaduh melancang mulut gitu. Tak pandai. Kang dia maki-maki aku, aku terpana aje mendiamkan diri. Tak reti nak balas ape. Nak cakap perkataan mencarut pon tak pandai. Paling kuat gampang, bangang, bodoh, kuangjaqq, setan. Hurmm..itu je kot kamus makian yg aku ada. Bab* si*l semua tak pandai ckp. Huhu =P

Doh guane gitu nak gaduh mulut dgn orang kan? Mmg kalah lar jwbnyer...wuwuwu...

Takpelah. Maybe ada baiknya aku bukan orang yg mcm tue. Ia menunjukkan IQ aku lebih tinggi kot dr dia. Kehkehhh. Tapi tetap nak luah amaroh tu kat sini. Sorry yer kpd pembaca sekalian. Aku dah pernah cakap aku bukannya perfect. Masih ada sisi negatif dalam diri ini. Aku tak pernah nafikan. I am just a normal human being.

Ada juga org kat main opis tu mulutnya bisa mcm ular. Kalau berkata-kata, tujuannya macam nak memerli orang aje. Macam dia sorang ajelah yang banyak keje. Macam dia sorang ajelah yang dedikasi. Orang lain semuanya dtg opis goyang kaki. Orang mulut bisa mcm nie mmg tak pandai betul aku nak buat kawan. Padahal dia sebaya dgn aku. Best fren dia org dept. aku. Kdg aku pelik mcm mana bes fren dia tu blh thn dgn mulut puaka mcm tu. Adakah sbb bes fren itu juga lebih kurang sama peelnya? Cuma dia lebih kpd ckp-ckp belakang. Tidak di depan mcm kawannya tu. Hurm....bersangka buruk kt orang lah pulok aku neh. Hukss

Tapi kalau dia tak kawan dgn mulut bisa tu, sape ntah yg nk kawan. Takde kot. Kesian lah pulak kan? Huhu. So maybe ada org yg mmg blh tahan dgn org mulut mcm tue. Kalau xde, mcm kesian jugak hihi....

Ada kata-kata yang aku teringat. Kawan kita mencerminkan diri kita juga. Jadi pilihlah kawan yang membawa kita ke arah kebaikan. Bukan yang mcm haram. Klu mcm haram, maybe perangai kita pon mcm haram sebenarnya. Cuma kita yang tak perasan. Wallahualam.

p/s: ok aku tgh kaji diri Kak Niza. klu dia okay, bermakna aku pon okay lahh. ehehehe =P ohh..Kak Niza tersangatlah baik hati orangnya ^_^ i hope i am tooo.....

well, kes kak niza pon lebih kurang aku. tak kacau orang tp org dok sebok ckp psl dia. kesiannn....org2 yang tak kacau orang mcm kami mmg selalu jd topik org mengata....hurmm





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat