Trip To Sabah - Day 2

Day 2

Dalam hati rasa nak pergi ke Kundasang awal pagi. Kat Sabah kan pukul 6am dh mcm 7am kite. So bajet nak kuor pukul 5am kat sana lah. Niat dihati aku ajelah tuw. Tp tawu tak boleh laksana kalau habi & Naurah bangun lambat. Tak gamok aku nak kejut deme tido semata nak kuor awal. Ate nama pon percutian. Mestilah nak merasa bangun lambat tengok-tengok matahari dah sejengkal kan?

So ting tong mandi breakfast. pukul 9am jugaklah baru dapat gerak ke Kundasang. Malamnya dah google map how to get to Kundasang from UMS. Kompiden aje kena tuju area mana. Rupanya tak boleh pakai lansom google map itu. Bazir masa aje kami pusing sana sini. Hampeh! Paling senang tanya orang aje. Malu bertanya kompem sesat jalan.

Perjalanan ke Kundasang agak hazab jugaklah. Hehehe. Jalan tak cantek. Pastu mendaki pulak dgn viva auto. Sempot hokeh. Tp scenery memang menarik lar. Paling teruja bila nampak gunung Kinabalu makin lama makin dekat. Telinga pon berdengung sbb perubahan altitude. Naurah sampai mengadu ckp sakit telinga. Bagi susu aje utk solved the problem. Senang.

Rasa macam tak sampai-sampai kami ke tempat yg nak dituju. Tp lega bila jumpe kaki gunung Kinabalu. Tempat permulaan orang yg nak mendaki. So amek gambo dulu situ puas-puas & teruskan perjalanan ke Kundasang. Tak jauh pon. Dlm 15minit dah sampai. Nampak byk gerai jual sayur & buah tepi jalan. Itu ajelah landmark pekan Kundasang. Sempat lar beli jagung & buah siap potong. Pastu perot pon dah lapo. Cari makan dulu pastu tanya arah nak ke Desa Dairy Farm, Mesilau.

Jalan nak ke ladang lembu besor nih hazab la jugak. Lagi-lagi masa mendaki nak ke ladang tuh. Batu kerikil sampai aku bajet mcm tak lepas aje. Seb baek naek jugak viva tu walau dgn susah payah. Bila dh nampak padang rumput menghijau & kabus, terus rasa berbaloi perjalanan yang jaoh & mencabar tuh. Nyaman aje bila bukak tingkap kereta. Habi kata mcm cuaca masa dia ke Korea. Tp Korea lebih sejuk lg sikit katanya.

Naurah sangat selok bila nampak lembu. Tp dia mcm dh fed up asyik nak bergambo aje. Hahahaa. Kesian budak tu asek kena paksa pandang camera. Sampai dimarahnya aku & habi kehkehhh. Tp dpt gaklah snap gambo dia lawo-lawo. Bukan senang nak sampai sini tau nak! Ayah pon sampai mengeluh penat sgt drive. Seb baek auto. Klu manual lagi lerrrrr.....

Lama gaklah kami kt ladang lembu neh. Sambil habi pon amek peluang rehatkan badan yg letih drive. 2 jam kat sana, kami decided to balik KK city semula. Tak larat dh nak ke Poring Hot Spring tuh. Keletihan suda. On the way balik sempat beli durian Sabah sebijik. Saje nak merasa. Tebal betul isinya. Rasa tak bape nak sedap sgt. End up makan 1 bekas aje. Sebekas lagi buang sbb x lalu nak habiskan. Muak giler.

Sampai hotel semuanya terbongkang kepenatan. Habi sempat rebus jagung dlm kettle. Bwahahaha. Bijok gak laki aku tuw. Sambil surf internet, sambil mkn jagung rebus panas. Heaven. Around 8pm kami keluar uttk dinner pulak. Nak cepat sebab kesian kt Naurah nti klu balik lewat sgt. Kami pon sbnrnya tak sabo nak tido. Letih lg perjalanan ke Kundasang tuh. Kami makan di tepi laut. Nama tempat tu Anjung Selera. Sedap betol makan seafood kt Sabah. Fresh & sedap. Kali ni order ikan tambak bakar, telur dadar, pucuk manis masak bwg putih & sotong masak sambal. Total RM70. Puas.

Pas makan, hati senang, balik hotel, surf tenet sat & tido.

Pemandangan ke Kundasang
Kaki gunung Kinabalu
Tempat letak kereta kaki gunung Kinabalu =.='
Pasar sayur & buah-buahan Kundasang. Tepi jalan besar tu jer

Mesti beli. 2 pek jagung RM5

Buah salak, madu & buah lemak manis
Rasanya mcm labu yg dah betul-betul masak..lemak-lemak manis spt namanya

My lunch at Kundasang

Tak tawu Intan Hezliyana ade bukak restoren kt Kundasang kehkehh

Di Desa Dairy Farm. Ladang lembu nuzilen

Naurah teruja tgk lembu banyak-banyak. Sampai ckp 'taknak balik' bila diajak balik huhh

Percubaan

Susu lembu diperah every 8 hours. Ini sudah time.....



Popular Posts