With Love: Seoul

Nak menangis aku tengok jumlah gambo yang habi amek kat Korea.

Mens =___="

Tapi rasa menangis tu tak lama sebab nampak benda kat bawah nie =D

Habi belikan 5 kotak. 2 kotak dah selamat dlm perot hehehe....
Sampai sudah dia kata stoberi nie masam. Siap berkerut muka. Terus pakai baju ayah beli wwuwuw =P

Puas betol makan stoberi Korea. Buahnya besar-besar & manis. Dia masak cantik aje kaler merah semuanya. Takde pon putih-putih cam beli yg dr cameron punye. Hehe. Tak kira pagi petang malam aku tibai stoberi neh. Sampai menggeleng kepala habi dibuatnya. Murah hokeh kat sana. 3000 won=RM8 sebekas. Kalau kat sini, mau RM20+ rege dia. Sayang habi banyak-banyak ^___^

Selain dpt stoberi, habi jugak belikan aku kemeja purple yg looks like Korean. Kehkehh. Memule aku doubt tentang kemuatan aku memakai baju tue. Habi insist soh try dulu. Dia kata XXL tu beli. Alohh...org Korea sana semua selim melim. XXL deme tu cam L kat sini kot T__T Tapi bila sarong....yeayyyy!!! Muat ^__^ Maybe aku tak se 'gajoh' yg aku sangkakan. Hakhak. Mulelah nak perasan kann? Kohhkofff

Ada jugak pouch cantik yg habi belikan utk aku & anje. Anje pon dapat shirt I Love Korea sehelai. Naurah pulak dapat 3 baju cantik-cantik. 3 aje sebab mahal kata habi. Wuwuwuw. Dia amek yg minimum syarat aku bagi pd dia utk belikan baju Naurah. Habi oh habi.....hehehe. Tp tengok kecomelan baju tu mmg puas hati lah. Pandai habi pilih ^__^

Then ada souvenirs lar utk opismate habi. Ada yang special sket tu dpt lar shirt. Hehehe.

Perasaan bila habi dah balik adalah super happy. Weeeeee.....dah bersama kami 3 beranak. Syukurlah masa yang genting nie dah lepas. Lega sangat-sangat. Takmo ingat-ingat balik dah. Seksa menanggung rindu T__T

Tengok lah a few gambo yg habi snap kat sana. Harapnya aku boleh jejak kaki kat sana jugak 1 hari nanti. InsyaAllah.

Mungkin ini Dongdaemun market
Training yang santai aje. Tu tenaga pengajar dia sorang hihi.
Makan 3 orang convert duit kite RM160. Sekali makan T__T
Hyundai ape nih? Elantra ekk?
Hari-hari lunch makan Dunkin Donut hukksss...

Alahai....aku kalo pegi negara lain, selok nak amek gambo sendiri buat kenangan. Tapi habi.......haihh....dok selok amek gambo pemandangan alam sekitar aje. Tak best lansom! Hukksss.

Habi kata mostly orang kat sana suke pakai sneakers. Maybe sbb nak berjalan jaoh sbb deme kan suke naik public transport. 2 kawan habi tu cam taknak try sgt makanan kt sana. Cam was-was sokmo. So tu yang makan megi ngn dunkin donuts berselang. Boring aje habi kate. Dia terpaksa lar ikot majoriti =P

Naurah happy bangat ayah dah balik. Mood happy sokmo.


Mood ibu lagi larrr. Tak tertulis kat sini....kohhkofff ^___0

p/s: pegi negara mana pon klu takde anak bini, mmg tak bape best kot =B




Popular Posts