Akhirnya Berjumpa =)

Owh sedihnya. Hari nie cuma boleh menatap pics dalam camera sahaja. Tak dapat nak tunjuk kat sini sebab wire transfer tertinggal kat rumah T_T Pastu aku terkilan sebab terlupa nak amek gambo dengan Izza huwaaaaaa. Sebabnya masa tu kami dah nak balik. Dah 1 jam kami kat birthday party Cyrus. Segan betol rasanya. By right memang takkan jumpa Izza sebenarnya. Tapi sebab kami laki bini tolong pegang baby cute Zara princess Ana Lyana, maka akhirnya dapat juga bersua muka dgn Izza & Iim =) Walaupon sekejapan, tapi asalkan bertentang mata. Itu sudah cukup memadai. 

Aku bajet memang Izza tak datang dah. Dalam otak dah karang ayat nak bambu dia hari nie. Hahaha. Pastu dalam pd nak salam-salam semua orang nak mintak diri, nampak ada laki bini datang dedua pakai kacamata berwarna. Ceh ayat aku wkwkwkw. Aku dah bajet dah Izza. Tp utk kepastian lebih baik aku confirmkan Iim aje hakhak. Izza adalah tinggi hokeyh. Tapi suara Izza buat aku terpana. Aku bayangkan suara Izza macam manja-manja ala kanak-kanak ribena gitu. Tp suara sebenarnya adalah matured gitu bunyinya. Ala-ala romantik & gaya datin-datin bwahahahaha.

Ini dari pendapatan aku ajelah. Janganlah kondem pulak kalau tak setuju yer =P

Gaya-gaya garang itu macam ada. Tapi Naurah tak takot & boleh nak bersalam berkiss pipi bagai. So aku bajet itu dari luarannya sahaja. Ker Naurah secara terpaksa aje buat tu semua? Miahahaha. Sebab ketakutan kat anT Izza. So dia pon buat aje ape orang suruh buat. Heee...tengoklah ibu ko nie punya fikiran Naurah =P

Owhh Izza, jumpa aku face to face baru ko nak cakap dalam tummy tu ada butterfly yer. Siap cakap bape minggu lagi. Tetibe aku rasa pelik bila ko cakap macam tu tak semena-mena. Apekahh? Hahahaha. Sorry tak dapat bersembang lama beb. Dah lama sangat aku kat situ. Orang yang first sampai dr kalangan bloggers taw. Dayu yang datang 2nd pon dah balik dulu. Malu aku dibuatnya pd Miera huhu...Eyh thanks Dayu sebab belikan tudung bawal printed tue. Jasamu ku kenang ^____0

Lagi 1 yang best pergi ke majlis Cyrus ialah dapat berjumpa dengan Ana Lyana & family. Siryes kekok sangat dukung baby Zara. Aku dah lupa cara nak pegang baby. Bila baby merengek aku rasa kelam kabut tak tawu nak  buat apa. Takowt sangat uolls pegang baby kecik-kecik neh. Sah memang aku kena tambah anak neh. Kalau ditangguh lagi aku takot semua skill masa Naurah dulu dah belayar kelaot Atlantik sana hihi.

Nak balik sempat pulak bersembang dgn Miera pasal usaha nak tambah anak neh. Rupanya kami ada kerisauan yang sama. Tak sangka Miera pon fikir macam tu. Ingatkan aku aje yg poyo lebih haha. Dia macam nie taw. Macam lepas kawen kan senang lekat dapat baby. So kita nie membayangkan utk anak 2nd sok memang tak susah mana lah. Let go aje family planning, cepat ajelah lekat lagi. Tp ianya tak semudah yang kita sangka hokeh. Tak macam yang pertama dulu. Tak boleh fikir bila kita nak, kita akan dapat. Its not like that at all.

Its a learning process for me actually. Ada pelajaran yang boleh diambil daripadanya. Rezeki itu sememangnya hak Allah. Kita perlu berusaha & meminta daripadaNya. Ketakutan itu tetap ada kerana membayangkan mungkin Allah mahu menguji kami kali ini. But I like to take it in a positive way. Kena yakin Allah takdirkan sesuatu utk kita pasti ada hikmah disebaliknya. Aku redha =)

Last but not least Happy Second Year to Cyrus. Thanks Miera for inviting us again. 

Nanti dah ada gambar akan update lagi pasal nie. Daaa...






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat