Kejadian Naurah di Kolam Renang

Chem, jom diet sama-sama. Hahaha. Risau aku berat semakin menaik ntah hape kena. Makan takdelah banyak mana ( ehh ye ker?) =P Nanti aku pm ko kat fb. Jom try sama-sama. Yang penting kita kena disiplin bila guna apa product pon. Lepas pastikan ianya halal & selamat digunakan, langkah seterusnya ialah kena psiko minda supaya dpt ikot dgn disiplin. Semangat tu kena kuat. Jangan cepat putus asa. Itulah atr kesimpulan yg aku dpt rumuskan bila nak ON program diet neh. Hrp aku pon boleh tabah & cekal spt suatu masa dahulu hehehe =P

Semalam kan pergi rumah sewa Kak Ya kat Wangsa Maju. Yer. Dia blm ddk lg rumah kat Setiawangsa sbb ex-owner belum sempat pindah. So kena menyewa dulu pastu nak renovate rumah & baru duduk. Banyak keje lagi. Kesian Kak Ya terkejar sana sini. Simpati ajelah psl boleh mendengar aje luahan hati dia. Nak tolong tu memang bukan dalam kemampuan lar. Hehe.

So rumah sewa skrg nie ada swimming pool kat area bwh building tue. Smlm Naurah pakai seluar pendek aje mandi kat situ dgn anak abang aku Emriel. Atas free show. Kahkahh. 2 kali hokeh dia nak terlemas dlm pool budak-budak tu. Seb baek abg aku cepat aje selamatkan. Tp lansung tak menangis. Power betol kata abg aku. Haha. Nampak gaya mcm suka nak berenang budak tu. Pandai dia kayuh-kayuh kaki dia & cuba pelbagai cara nak bg berenang. SIL aku soh anto kelas berenang sbb dia kata nampak berani. Tak mcam anak dia penakot ya rabbi. Hahaha

Kami taktau ade swimming pool. So aku & habi xde bwk baju spare. Tu psl harapkan abg aku & SIL aje yg pantau Naurah. Kami tgk dr tepi ajelah. 2nd time tenggelam, Naurah request nak naik atas jumpe nenek. Kehkehh. Maybe dah rasa serik kot time tu. Tp klu jumpe swimming pool tu lg aku pasti dia lupa dah kejadian tu =P Next time ayah kena bwk baju spare. Keep noted.

Alkisahnya mlm td Naurah tido terkejut-kejut. Maybe sbb kejadian tenggelam petang tu kowt. Susah hati gak aku & habi dibuatnya. Seb baek lepas baca apa yg patut, basahkan kepala dia dgn air zamzam, tak lama lepas tu dia okay. Lega. 




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat