Kemalangan Maut di Cyberjaya

Semalam ada kemalangan maut berlaku di Cyberjaya. Kat cyber nie jarang eksiden berlaku. Tapi kalau dah jadi, mostly melibatkan kematian T_T Last kemalangan maut yang berlaku adalah pd 14 Feb 2012 yang lepas melibatkan sebuah lori tanah, sebuah kereta Merc biru & sebuah motosikal. 2 nyawa diragut iaitu pemandu Merc biru & penunggang motosikal. Khabarnya lori tanah ngentam mereka T_T Sumber dari sini.

Semalam berlaku lagi kemalangan jiwa sebanyak 2 orang juga. Kemalangan melibatkan bas RapidKL dari arah ofis aku menghala ke Street Mall, kereta pajero Hilux yang dari arah Ericsson nak ke Petronas & sebuah motorsikal. Pemandu bas RapidKL & pemandu kereta hilux terkorban. Penunggang motorsikal hanya cedera akibat tergesel dgn bas. Dikatakan pemandu bas melanggar lampu merah & melanggar pajero. Sumber dari sini

Siapa pernah jalan area Cyberjaya memang tawu lah ada banyak traffic lite kat sana. So maybe orang kadang jadi kurang sabar. Nampak lampu kuning bukannya nak perlahankan kenderaan tp makin memecut. Ada jugak orang yang nampak aje lampu hijau nyala, tak toleh kiri kanan teros aje masok gear tekan minyak. Tak boleh jugak gitu yer. Walaupon dah turn kita jalan, tp utk keselamatan kena pastikan dulu dah betul-betul tiada kenderaan dr arah lain yang lalu.

Bila jadi driver nie kite memang kena peka dgn alam sekitar kita. Its not about who is right and who is wrong. Itu sudah jadi cerita nombor 2. Cerita nombor 1 ialah utk keselamatan diri kita sendiri yang melibatkan nyawa. Itulah yang paling penting sekali.

Whatever it is, ajal nie sudah ketentuan Allah. Aku baca kat blog carca marba tu, ade pengomen yang kata dia naik bas pakcik tu selalu slow aje dia bawak. Well, kalau dah ajal tuw memang tiada yang logiknya lagi. Semuanya sudah ditakdirkan Allah. Wallahualam.

Takziah pd keluarga mangsa.




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat