Kisah External Hard Disk

Pagi tadi tetibe habi datang opis. Eyh, ada barang aku tertinggal dlm kereta ke ape? Skali dia masok bawak benda hitam. Owh apekah itu? Rupanya external hard disc yang aku request pd dia semalam dah sampai. Yeayyy!! =D You are the best husband ever habi! Ecehh, kalau benda yang aku mintak di approved & cepat dapat, memang melangit sokmo memuji ke dia. Hakhak

Cer kalau tak dapat. Muka mencorot aje macam tikos mondok. Muncung panjang sejengkal. Hahaha. Habi dah paham sangat peel bininya neh. But knowing habi, dia kalau aku tak request yang mengarot sangat memang senang aje nak agreed. Asal aku bagi sebab musabab yang kukuh, dia memang tak banyak soal. Plus duit tu memang ada lah. Thank you so much darling (lagi sekali memuji kelangit =P)

External hard disk nie aku tengok size dia 435GB. Bapok besar tuh. Nak simpan video Maher Zain pown boleh kot situ. Ini macam dah salah guna lah pulak. Haha. By the way skrg nie aku tengah men transfer semua gambar yang terkumpul dalam pc aku neh since end of 2005. Senang kata sejak aku kerja kat sini ajelah. Korang bayangkan ler berapa juta gambar (ok ini exaggerate aje) ada dalam hard disk pc aku tuh. Kat D section tu memang penuh dengan gambar aje semuanya.

Bila keluar notification kata aku kena free kan ruang dalam D, aku transfer ke C sikit. Bila kat C pon dia kata dah nak full, aku memang dah takde aroh. Last year diorang dah upgrade size hard disk kat CPU aku. Habi kata dah maximum capacity tuh. Tak boleh nak upgrade lagi. So takkan lar sebab CPU aku penuh dengan gambar, aku nak request PC baru kan? Walaupon sebenarnya memang boleh sangat sebab PC aku nie usianya dah lebih dr 5 tahun, tapi aku takdelah jahat sangat nak perabih duit company. If there is another solution, kenapa taknak gunakan?

So solution nya adalah external hard disk. Tu yang semalam aku goda memujuk merayu habi by interkom soh belikan aku benda alah tu. Firdaus kata ritu harga dia dalam RM250. Aku memang sah-sah lar takde duit banyak tu skrg. Sebab dh beli produk Shaklee kowt kahkahhh. Bocor rahsia nape takde duit dah =P So pujuk punya pujuk, akhirnya habi mengalah & since Firdaus nak pergi Lowyat semalam, habi pon kirim terus duit & hasilnya benda alah tu dah ada dalam tangan aku skrg. He he he ^____^

Since gambar itu mostly adalah personal, so memang kena beli external hard disk tu dgn duit sendiri. Tak baek kalau nak claim kat company kan? Lagi pon utk personal use kami pon banyak aje boleh membantu. Tak rugi beli habi! Itulah yang aku dok yakinkan dia walau niat utama membelinya memang utk gambar-gambar dlm pc aku nie jer. Huhuhu

Alah....gambar-gambar kita jugak habi kan? Gambor Naurah of course yang paling banyak sekali. No doubt at all =)


p/s: kalau hilang ehd nie, meraung tak berlagu lah aku weyhhhh. nauzubillahiminzalik fuhhfuhhh. moga selamat aje dalam simpanan kami. amin....






Popular Posts