Matrikulasi Story (1)

Masa study matrikulasi kat Ipoh, Perak dulu, aku lansung tak fokus belajar. Macam seronok sangat kowt dapat belajar jauh-jauh dari family. Jumpa kawan-kawan baru, hidup berdikari dan sebagainya lah. Macam kejutan budaya lah senang cakap. Burung dah biasa duduk dalam sangkar, tetibe dilepas bebas ke udara, mestilah teruja kan? Camtulah perumpamaannya lebih kurang ^___^

Walaupun aku malas belajar & rasa cam nak main happy-happy aje, tidaklah sampai aku keluar bersosial hu-ha pergi night club ke ape. Tidaklah sampai terasa nak pakai sepsi mepsi ker hisap rokok or ganja whatsoever. Paling kuat ponteng kelas, pergi JJ (Aeon skrg - dulu Jaya Jusco namanya) naik bas dgn geng kachik g makan sizzling mee. Itu pon dah rasa jahat sangat dah. Kahkahh =P

Pastu bila dah quite close dengan budak-budak lelaki, aku suka kacau sorang budak lelaki nie. Rendah orangnya & pendiam. Ajis orang panggil namanya. Masa kelas prep memalam, orang dok study menelaah pelajaran, aku tulis surat cinta kat dia. Wakakaka. Lepas kacau dia, aku tulis surat cinta kat Aru pulak. Nie pon sorang lagi budak lelaki pendiam yg baik. Aku aim budak-budak lelaki yg mcm nerd & malu-malu kucing aje. Sebab seronok sakat deme neh. Lagi-lagi bila budak lelaki yg lain dok gelak-gelakkan & usik deme, muka tersipu-sipu malu gitew. So comel. Hikhikk

Tapi semua orang pon tau peel menyakat orang aku tu. So nobody take it seriously. Kami semua memang sama-sama otak gila. Saja boring-boring belajar dok mendajal buat nakal-nakal. Takde hal maa. Itulah bestnya budak-budak lelaki kat kolej tu. Semuanya sempoi & best. Seronok dibuat kawan. Takde nak fikir lelebih ape sangat. We are just friends. Apetah lagi budak lelaki masa tu 22 orang aje yg tinggal lepas ramai yg kena 'tendang' kes result sebenar SPM tak menepati kriteria matrikulasi. Student ppn aje yg ramai 2-3 kali ganda drp deme.

Walaupon di semester terakhir aku dapat surat cinta berdarah dari seorang pelajar lelaki yg aku anggap best fren aku masa tu (len hari aku cerita kehkehh), aku tetap anggap budak lelaki waktu tu adalah terbest aku pernah jumpa dlm hidup aku =) I miss you guys so much...

Baru-baru nie aku dapat tahu Kane (jenuh kena gosip bila amek gambo berdua dkt Gua Tempurung wkwkwkwk) dh pun menamatkan zaman bujangnya dgn org Johor. Congrats bro. Best taw kawen. Hakhak. Pastu tadi si Ajis yg aku dok selalu kacau bg surat cinta pon pm aku menjemput ke kenduri belah lelaki di Johor 26hb nanti. Ahh sangat mengimbas kenangan korang semua nie. Korang kawen dekat-dekat nie mcm pakat pon iyer. Haha

Bila aku tgk gambo Ajis masa akad nikah, aku rasa gembira & mcm sedih pown ada sbb akhirnya org yg aku dok kaco-kaco dulu akhirnya dah bertemu jodoh. Rasa lain macam taw. Tak dapat aku nak describe perasaan aku mcm mana kt sini. Jgn pulak korang kata aku syok kt dia yer. Haha. Macam mengimbas kenangan lama tu rasa seronok sgt. Kalaulah boleh diulang kembali masa dulu, memang aku nak kembali ke zaman tahun 2000-2001. Moment paling best dalam hidup aku rasanya =)

Apa-apa pon harap aku dapat datang ke majlis ko sok Jis. Nanti aku tnya habi dulu if dia okay nak balik tarikh tu nanti. Congrats on your wedding & moga kekal bahagia ke akhir hayat. Amin. Bile lak Aru nak kawen yer? Tak sabar tunggu =P

p/s: ahh rindunya pd geng kat KPYP semua. seb baek kat fb boleh gak jenguk-jenguk life masing-masing skrg ^____^ gambar2 masa study kt sana ada kt Johor. nnti balik sana nak punggah semua kenangan lama =)




Popular Posts