Nanti Semut Kepak Datang Gigit...

Phewww...nasib baik habi tak jadi demam malam tadi. Aku susah hati betol kalau dia demam taw. Pertamanya sebab malas nak drive sendiri kalo kena jugak pegi keje sensorang. Keduanya banyak tugas hal ehwal rumah akan tergendala. Hehehe. Maklom la banyak keje rumah pon habi yang settlekan. Bini nie tolong mane yg rajin aje. Itu pon rajin tu ntah bile nak datang. Payah sesangat =P

Pokok pangkalnya, memang kacau bilau rumah kalau habi sakit neh. Betapa pentingnya habi sentiasa sihat walafiat utk memastikan rumah tangga aman damai. Sebab tu kena jaga habi tu baik-baik. Kata orang bila dah bersuami ni, antara perkara yg penting seorang isteri kena jaga ialah perut & waktu tidonya. Perut habi aku kena isi dgn masakan yg enak-enak. Waktu tidonya bila bercuti, lepas Subuh tu aku bagi dia tido balik sampai pukul bape pon dia nak bangun. Usually pukul 9pagi dia akan turun bawah & masa tu breakfast pon aku dah siap masak. Heaven kan habi kann? ^____^

Aku nie cuti ke tak cuti ker tetap kena bangun ikot jadual waktu Naurah. Tapi budak tu kadang baik aje eventho dia dah terjaga, dia guling aje sorang-sorang tak kaco ibu & ayah. Usually aku sedar aje budak tu dah celik mata. Tapi saje nak test tengok dia kaco ke tidak. Bila dah lama-lama sikit, aku pon bangun & gelak-gelak pelok-pelok sama dia. Ajak turun bawah & sediakan breakfast.

Malam tadi Naurah tetibe naik katil pastu baring minum susu sebelah ayahnya yg dah tergolek dok lps makan ubat demam. Aku rasa kecik hati je dia taknak da baring kat lengan aku yg empuk neh. So aku sajelah ckp dgn dia

"Naurah dah tak sayang ibu dah. Taknak dah tido dengan ibu....huuuuuu....huuuu (buat bunyi menangis)"

Dia dengar aku cakap gitu, dia pon tarik botol susu dia sikit dari mulut & balas

"Siapa cakap pulak?" (dgn nada annoying & jelingan mautnya)

HAHAHA. Tergelak pulak aku lepas dengar jawapan dia tuh. Bila dia tengok aku gelak, dia cakap lagi...

"Ibu jangan lah ketawa!"

Owhh. Ok-ok ibu tak ketawa dah (pdhal masih mengekek mcm orang gilak). Then budak tu bersuara lagi...

" Sshhh...nanti semut kepak datang gigit......."


Owhh..ok-ok....ibu takot semut kepak datang geget ibu.....hehehehe. Naurah kalau nak suruh orng diam, dia akan guna ayat semut kepak dia nielah. Comel jerp ^____0

Muka bekeng




Popular Posts