Pencarian Taska Baru 2013

Alhamdulillah Naurah is getting better yesterday. Selera makan dah ada, susu pon minum macam biasa plus sokmo ajak ayah ke taman mahu main kat playground. Tapi ubat masih tetap makan on time. Antibiotik kena habiskan sebotol. Risau demam datang balik.

Sebenarnya aku tengah kepeningan nie mencari taska baru utk Naurah for next year.  Plan aku nak hantar kat tadika islamic yang dekat rumah tu tak kesampaian pasal dia terima budak 4 years above aje. So sementara nak tunggu Naurah 4 tahun, kenalah 1 tahun duduk kat taska memana dulu.

Aku dah emel kat tadika Little Caliphs area Salak Tinggi sana. Harap akan dapat reply from them asap. Tapi hati aku kuat juga rasa nak hantar Naurah kat Taska i-Play kat MKN Techzone kat Cyberjaya neh. Environment yang tip top sangat. Plus dekat dengan aku & habi. Let say something happen, cepat sikit kami boleh sampai. Tapi habi asyik cakap dia tak mampu nak hantar Naurah kat situ. RM450 per month pd aku quite reasonable. Taska tu besar siap ada library & playground. Best sangat kalau tengok. 

Pastu guna English medium. Besar jugak harapan aku if Naurah dapat bertutur proper English seawal usia nie. Tidaklah lagi dia asyik bertanya kat aku " Ibu, dia cakap apa tu?" bila tengok cerita/kartun in English. Memang rasa bersalah sangat tak dapat communicate dgn Naurah in proper English. Sokmo guna bahasa Manglish. Rojak. End up anak tu dah 2 tahun lebih dah bertanya kat ibu apa yang dikatakan oleh org yang bertutur fully English or Korea. Ok bab bahasa Korea tu dia tnya sbb ibu ayah gila tgk Kdrama tiap malam yer. Haha.

Hati nie kuat sangat nak hantar Naurah kat situ. Habi buat muka masam aje macam tak setuju. Sampai aku pon rasa tak sedap. Dia kata ikut aku lah. Hishh....apa-apa kptsn kenalah sama-sama setuju. Taknaklah aku sorang je yang excited tp dia tidak. Tak suka lah gini.

Aku geram jugak sbb psl education anak pon berkira sangat. Beli kerete byr monthly RM600 tak apa. Tapi yuran anak belajar kat tempat yang molek berkira lah sangat. Teros jadik tak mampu. Mana yang lebih sayang? Kereta atau anak?

Honestly gaji aku aje memang boleh aje bayar monthly yuran Naurah tu. Kalau habi berkira sangat, aku tak kisah pon tanggung sorang yuran tu. Takpelah sengkek pon asal anak happy dpt pendidikan yang baik. Aku sanggup aje. Ape nak berkira sangat kan? Cuma kalau boleh aku nak ubah mentaliti habi tu biar open sket pasal education anak neh. Dia dok sebok fikir kalau anak dah 2 sok lagi susah. Come on larr...setiap anak yang lahir kat muka bumi Allah nie ada rezekinya. 

Kenapa perlu risau sangat tentang masa depan yang kita pon belum pasti akan ada ke tidak utk kita? Hargailah anak yang sorang nie dulu. Berikan dia pendidikan yang sempurna. Aku nie pregnant pon tidak lagi, dia dah sebok fikir kot kalau anak dah 2 sok. Sakit hati mak noks!

Suka sangat risau benda yang belum pasti. Aku soh baca buku La Tahzan tak mahu! Buku tu banyak bg tips taw spy kita lebih redha & percaya pd kekuasaan Allah. Jgn asyik dok risau sgt ttg masa depan yg blm ttu ada sampai abaikan keadaaan skrg. Its not right at all!

 Pagi-pagi dah emo huhu. Takpelah, buat masa nie aku akan cari dulu taska lain yang "affordable" lah sangat bagi habi tu. Biar dia decide mana nak hantar Naurah tu. Puaskan hati dia dulu. At least aku carik la jugak kan? Hurm...







 



Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum