Sometimes, I Do Hate Myself

Boringnyer hari nie. Takde bos pon boring jugak. Cuma hati & fikiran ajelah agak lapang sbb tak rasa selalu diperhatikan. Bos tu kalau dia ada, aku rasa mcm ade pasang cctv aje kat sini. Haha. Padahalnya bos ade ke bos takde ker, aku macam nie jugak. Takde ape yg special sgt pong kecuali klu kuor makan, bolehlah lajak lama sikit. Kalo dia aderrr....tak senang duduk nak masok opis bila dah on time. Tak best.

Entah sampai bilelah aku nak keje kat sini yerp? Ade ke sampai pencen? Hoho. At times terfikir jugak takkan nak makan gaji aje kan? Takde ke plan nak bukak bisnes sendiri or jadi SAHM. Bab bisnes ni aku tak pandai. Tak minat pon iyer. Perlukah tertanya-tanya apakah minat aku sbnrnya pd usia menjelang 30-an mcm nie? Cam poyo aje kan. Orang takde cita-cita mmg macam nielah rupanya. Hidup seadanya & mudah bersyukur dgn apa yg ada. Aku rasa hidup aku lebih tenang, aman & damai dgn berfikiran mcm nie.

Sebab aku selalu tertanya pd diri sendiri. Apakah yang perlu dikejar dalam hidup kat dunia nie yer? Aku tak rasa duit yang banyak boleh membahagiakan diri aku semaksimumnya. Aku juga tak suka kerja yang stress atau mengganggu masa luang aku dgn family. Pd aku family always comes first. Aku dah set dlm otak, suami & anak adalah punca kebahagiaan dlm hidup aku kat dunia nie. So benda-benda lain, jatuh nombor yang seterusnya.

3 years plus menjalani kehidupan sbg seorang isteri & ibu. Momentum kebahagiaan tu masih berjalan lancar. I am all happy with all the choices that I've made. But at times, it felt like something missing somewhere but I don't know what it is. Haaa....feeling macam nie memang tak best. Dada tu rasa ketat semacam pastu sometimes rasa diri aku nie macam alien bukan manusia. Tiba-tiba rasa i'm not belong here on the earth. Maybe i should try to live at Mars. Haha. Pemikiran gilo namanya.

Kalau kita tertanya-tanya apa tujuan kita hidup kat dunia nie, jawapannya mudah aje. Hidup kerana Allah Taala. To served Him as a khalifah di muka bumiNya. Tujuan manusia dicipta memang itu pon kan? Utk menyembah Allah Taala. Pull stop. Gaya macam senang. Tapi tak senang sangat pown. Huhu.

Its like a routine taw. Macam solat 5 waktu. Hari-hari solat mesti 5 waktu. Its like a discipline in our life. Aku rasa ada untungnya jadi perempuan. Boleh kata tiap bulan ada cuti at least 7 hari kan? Dapat rehat-rehat tak payah terkejar-kejarkan waktu solat. Tapi lelaki......senang kata takde excuse lansung. Dari ko akil baligh, sampai ko mati lar tetap kena buat solat 5 waktu hari-hari. Bukan aku nak kata ianya boring. Tak baek kan ckp solat itu boring. Itu kan cara kita communicate dgn Allah. Nape nak boring pulak?

Tapi manusia nie memang banyak kelemahannya. Paling susah kalau penyakit M dah datang. Apepontakbleh yer. So itulah yg buat rongak sana sini solatnya. Bukan senang nak jadi orang baik. Nak jadi jahat senang aje. Kalau solat dah rompong rompeng, bermakna tiang agama kita sangat mudah nak runtuh. Bila tiang dah tak kuat, senang aje hidup nak kucar kacir. Takde berkat orang kate tuh.

Solat. Solat. Solat.

Betapa Rasulullah SAW sangat mementingkan solat & sentiasa mengingatkan para sahabatnya suatu masa dulu. Bahkan solat lah yang akan pertama sekali ditanya sewaktu hari perhitungan nanti.

Persoalannya, kenapa aku liat sangat nak solat Isya' skrg neh?grrrrr....


p/s: hrp maaf klu rasa membaca n3 ini adalah sia-sia krn persoalan yg diakhirnya adlh begitu lagho -.-





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat