Sun Day

Bersiaran dari Taman Ixora...hoyeahhh!!!

Masih bertahan lagi wifi Zyxel_4 kat sini. Entah sampai bila. Yang pasti ianya membuatkan aku tersenyum sinis saje melihat kaunter Unifi yang dibukak di jalan masuk ke taman. Tak perlu dah kowt dgn adanya line wifi free neh. Hehehe

Sejak 2-3 hari lepas, surau di Taman Ixora sudah mula berfungsi. Sudah kedengaran dengan jelas azan di setiap waktu masuknya waktu solat. Paling ketara time Subuh. Memang jelas sangat dengarnya. Boleh kata memang aku tersedar setiap kali azan berkumandang di pagi yang sunyi tue. Tp nak bangun solatnya masih dilengah-lengah. Nantilah kejap...nantilah kejap....sampai 6.30am baru hegeh-hegeh nak mengadap Allah. Apo nak dikato. Bukan tak sedar. Tp iman tu tak bape nak kuat mcm satu masa dulu. Salah sendiri.

By the way hari nie nak pergi birthday party Cyrus. Hadiah pon dah beli semalam. Lepas Zohor bolehlah gerak ke Shah Alam nuu. Alang kepalang dah sampai sana, aku takde idea nak ajak habi merambu kemana selepas majlis. Maybe habi ada idea. Klu teros balik rumah mesti aku rasa kecewa haha...

Update tentang vitamin Shaklee yang aku makan sejak 3-4 hari lepas, memula memang ada rasa tak bape sdap badan. Cam sakit sana sini. Mcm masa nak kena tinggi BP ritu. Alfenin pon ada sesikit. Bace doc kat grup Shaklee deme tulis itu proses penyembuhan dlm membuang segala toksid dlm badan. So aku pon tak risau sgt & assumed ianya normal ajelah. The good thing is badan rasa semakin ringan. Aku tak kata berat dah turun, cuma perasaannya ajelah better than before. Maybe vitamins dah mula memberi kesan yang baik pd badan. Wallahualam.

Time weekend nie aku paling susah nak consume ESP. Malas sangat lar. Sesuai utk kat opis aje huhuhu...

Thats all for today. Esok dah keje. Ahh...malasnya....

Masa naik feri from pulau ke tanah besar - Penang trip





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat