A Bitter Sweet Confessions

Korang masih ingat ke tak ntah pasal n3 berdarah aku tentang perselisihan dgn tea lady kat opis aku dulu. Entry dimana aku meluahkan segala ketakpuasan hati aku ttg tea lady yg berlagak nak mamp mcm dia tu bos haku fulak.

Aku nie kan, tulis aje berdegar-degar. Yo yo aje amaroh tu sampai orang yg bace pon boleh salah faham siapa diri aku yg sebenarnya. Maklomler..manusia nie kan kalau benda baik-baik psl orang dia tak amek port sgt. Tp cube ko tulis n3 maki & cemuh orang bagai, siap la kena kutuk kaw-kaw, kena tegur tak baik la ape lar. Cukup ko buat 1 n3 aje weyh. Segala kebaikkan yg cuba ko sampaikan dlm blog terus dilupakan & dichop blogger perengus dsb. Itulah lumrah dunia blogging. Apo nak dikato kan?

Berbalik pd kes dgn tea lady tu. Well, aku nie nak kata baik sgt tu tidakler. So ada suatu hari tu the person call & tnya itu ini psl keje lar. Aku tak sampai hati pulak nak buat tak paham aje. Aku jwb scr profesional *ecehhh* sgl pertanyaaan dia & memberikan kerjasama yg baik. Eventho dia pernah buat tahik kt aku, tp klu dia ckp elok-elok & proper, aku layan seadilnya. Like nothing ever happen to us.

Cuma 1 kelemahan aku. Aku tak suka nak bertentang mata dgn orang yg dah buat dajal kat aku. Sebolehnya aku akan mengelakkan eye contact with her. Rasa awkward gile kowt. Itu ajelah. Aku tak pandai lar nak buat orang tu musuh kalau dia berbaik aje dgn aku. Tak pandai nak ignore orang sbb nnti akan rasa bersalah sgt. 

The damage has been done. Let the bygone be the bygone. Yang sudah tu...sudahlah. Orang buat baik dgn kita, kita layan ajelah dia seadilnya. Orang buat jahat balik, kita kutuk dia balik kat dlm blog. Ekekeke. Yelah...nk ckp face to face keberanian itu memang tak ada. Kang nak gaduh mulut tergagap-gagap sokmo haku. Buat malu mak aje noks. Hahahaa

One more thing, aku rasa menyesal sbb pernah rate kan bos haku skrg the worst boss ever. Entah lah yerr...bila aku fikir-fikir balik, aku rasa aku nie mcm orang yg tak bersyukur pulak. Dan aku rasa dia tidak seburuk yg aku pernah fikirkan suatu ketika dulu. Semakin lama bekerja, aku semakin belajar menerima seseorang itu seadanya. Buruk & baiknya. Terima & redha. Cuba elakkan konflik & tahu bagaimana nak handle orang.

Maybe aku dah letih asyik bercerita psl keburukan orang kowt. Penat. Its a never ending story ok. So lama-lama ianya jadi boring. Asyik ngumpat benda yg samaaaaaa aje. Tak boring ker? So aku rasa mcm sudah-sudah la tu Sharena oiii! Ko dpt dosa aje kowt mengata orang. Orang tu tetap macam tu jugak. Bukan dia boleh berubah pon ko ngumpat dia blakang-blakang gtu. So i feel kind of stupid ok! Huhuhu...

Betul agaknya kata orang. Semakin lama kita hidup kat dunia nie, kita semakin redha dgn segala keburukkannya. Terima sajalah semuanya. Dah tak jadi kudis. I just want to be happy. Thats all.......


Peace no war!



Popular Posts