Kehendak Menggila

Arghhh...banyaknya kehendak kehidupan dunia yang membuak-buak sekarang nie. Nak beli henpon s3, nak cat rumah, nak kumpul duit pergi umrah, nak beli baju renang, nak pergi holiday, nak berbuka puasa kat hotel, nak balik kampong, nak makan rainbow & red velvet cake, nak tengok Amazing Spiderman kt shopping mall, nak makan burger bakar Abg Burn kat Ramal Junction. Kenapa banyak sangat nie weyy? T__T

Satu demi satu wishlist sudah dipangkah. Satu demi satu kehendak berjaya dipenuhi. Adakah kehidupan menjadi semakin bahagia? Hurm....satu persoalan yang baik disitu.

Apa yang aku dapat perhatikan, semuanya bertitik tolak dengan duit. Betulkah duit itu punca segala kebahagiaan? Sudah ada 2 persoalan..malang aku tiada jawapannya.

Jawapan terbaik aku ialah:- I'm not sure...maybe....entahlah! I don't know. What a lame answer -.-

Setiap kehendak diatas perlulah diberikan ranking. Pastikan yang mana lebih penting drp kehendak yang lain. Buat senarai kepentingannya. Senarai itu bergantung kepada penilaian aku sendiri. Ia juga boleh dibahagikan kpd 2 kategori. Pertama, kehendak yang tidak memerlukan $ yang terlalu byk. Kedua, $ yg banyak diperlukan. 

Sadly, at the moment, aku takde mood nak buat senarai nie. So biarlah ia tergantung disini saja.

Kehendak nie rasanya selagi kita hidup kt dunia, ianya akan sentiasa wujud. Samada kehendak kita dapat dipenuhi krn selari dgn gaya hidup & kemampuan dari segi wang ringgit sajalah yang menentukannya. Kalau kehendak itu semua berjaya dilupakan, apa yg akan terjadi yer? Adakah kita akan kehilangan arah tujuan hidup? Adakah hidup kita akan jadi tak bermakna krn tiada kehendak?

Macammana pula nak jadi tiada kehendak?

Aku tahu. Dengan memfokuskan diri pd kebahagiaan di akhirat. Itulah jawapan yang paling baik dapat aku berikan. Fokuskan hidup utk kehidupan yang lebih abadi, insyaAllah kita akan lupakan segala kehendak duniawi.

Aku adalah teramat perlu bermuhasabah diri sekarang ini. Ya Allah, tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang Engkau berikan nikmat. Bukan jalan-jalan orang yang Engkau murkai & sesat.

Comel je tengok habi duduk at my place. #xdekenamengenadgnentry=P






Popular Posts