Kerjasama!

Kat dalam drama Korea channel 393, terbaru aku tengok citer tajuk Glass Castle. Hero & heroin takdelah lawo mane. Tapi layankan ajelah. Takde citer lain yg lebih menarik perhatian aku dah hehe. 

Ada mesej yg terkesan pd aku dlm dialog antr ibu & anak. Bila mana si ibu berkata ' dalam hidup nie, sebagai seorang perempuan, kalau kita nak bahagia, pucuk pangkalnya kena kahwini lelaki yang baik. if baik suami kita, insyaAllah bahagia lah hidup kita sebagai seorang perempuan '.

Si emak nie dok ckp mcm tu sebab dia berkahwin dgn lelaki yg kurang bertanggung jawab. Suaminya takde kerja tetap & macam kurang serius dgn kehidupan. Suaminya asyik fikir nak hepi hepi enjoy minum soju (arak). Hal anak kurang ambil berat. Income bergantung pd kedai kuih beras si isteri. Memang sangat tak patut kan?

Thats y la si emak nie asek pesan kat anak cari suami yang bertanggung jawab. Suami klu takde rasa tgg jawab, susah la isteri nak happy. Susah la nk dpt  keluarga bahagia. Katanya lah. Wallahualam.

Pendapat aku, mmg ada logiknya juga kata-kata emaknya nie. Ini drp sudut seorang isteri la yerp. Dr sudut lelaki tak pasti lah guane. Maybe sama aje. Kalau dpt bini yg x mengisah suami & anak, asyik nk enjoy life g kuar clubbing tiap malam pon hancur jugak rumahtangga. Senang kata suami isteri ada peranan masing-masing. Selagi kita faham apa tugas kita sbg suami & isteri, insyaAllah semuanya baik-baik saja.

Apa yang penting?

KERJASAMA!!







Popular Posts