Untuk Suami & Anak

Wowww...banyak gila kereta masa kami balik lepas berbuka semalam. Rasanya ramai gak yg bertolak balik ke KL lepas berbuka mcm kami. Banyaknya kereta spt balik kampong time nak Raya pulak. So korang blh imagine la mcm mane kan?

Habi sampai masok kat Senawang & ikot highway LEKAS keluar kat Pajam. Kalau kami teros ikot PLUS, sampai rumah pkl 2pagi kot. So mlm td kami sampai rumah pkl 12.30am. Lewat sejam drp kebiasaannya.

Hujung minggu sepanjang bulan Ramadhan nie dah di plan baik-baik. Klu minggu yg baru lepas nie sambut kat kampong aku, minggu ni kami balik ke Semenyih pulak. Minggu depannya lagi turn rumah Kak Ya & minggu terakhir barulah maybe kami sambut kat rumah saja. Itu pon tak tawu lagi kot kot ada agenda yg tiba-tiba menjelma. Wallahualam.

Minggu nie minggu pertama berpuasa & bekerja. So hari nie baru lar aku akan start memasak utk iftar & sahur. Paling best sbb balik awal pukul 4.30pm. So nak masak pon takdelah terkocoh-kocoh sangat.

Selepas 2 sahur aku tak makan apa-apa. Pagi tadi aku cuba la ratah lauk sikit. Hasilnya bloated lagi T__T Dgn rasa nak termuntah nya bagai. Dah ghoper mcm orang pregnant pulak pagi-pagi ngadap sinki. Kalau betol preggy takpelah jugak kan? hewheww...

Makin fobia nampaknya aku nak bersahur. Esok kenalah at least minum air panas aje. Nak jugak pahala bersahur tu kan? Sbb walau ape pon, aku tetap kena bangun & hidang makanan utk habi & Anje. Takde alasan utk sedap tido aje kt sebelah Naurah. Inilah atr beza masa kita single & dah berkahwin. Klu time single dulu, minum air masak dlm botol sebelah katil pastu teros kebabomm balik. Da kawen, x blh sahur berat pon tetap kena bangun utk orang lain. Tak boleh nak jadi selfish ok!

Bila dah kawen, kite hidup bukan utk diri kita sorang saje. Kita hidup dgn memikirkan kesejahteraan suami & anak juga. Kalau kita tak buat mcm nie, tak dpt ler jadi isteri solehah & ibu mithali. He he he. So for those woman yg masih blm bersedia nak berkhidmat uk suami & anak, enjoy your life being single puas-puas. Bila dah puas, then baru la kawen. Komitmen mmg tinggi bila dah jadi isteri & ibu nie.

Sometimes kita rasa tak mampu & fikir camne orang lain boleh buat ehh? Aku rasa semua perempuan mampu buat kalau ada kasih sayang dlm diri. Kasih sayang pd suami & anak tuelah yang membuatkan kita jadi kuat utk melakukan semuanya. Kadang kita pon rasa tak percaya dgn kesanggupan diri kita utk berkorban utk suami & anak. Malah kita rasa bahagia melakukannya. Maha suci Allah yang menjadikan perempuan sbg tulang belakang bg suami & sifat keibuan yg tiada tolok bandingnya.

Alhamdulillah =)




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat