Raya Sana Raya Sini

As usual kalau beraya di rumah in law, hari yang terakhir sebelum masuknya 1 Syawal pon masih boleh bekerja. Kihkihhh. Ate jarak rumah kami dgn rumah in law cuma 20 minit aje lalu highway Lekas nuuu. MIL pon Jumaat nie masih bekerja seperti kami. Memang takde hal lah. Lain sangat persiapan menyambut Syawal kat rumah in law dgn kat Johor sane. 

Kalau turn raya Johor dulu, memang wajib amek cuti awal sehari dua sebab byk kerja nak dibuat kat sana. Mak memang tak larat nak kemas rumah panjang kt sana. Bilik tidur aje dah ada 5. Bilik air pon 5. Seronok OK ada adik beradik ramai nie. Meriah sangat bila semua orang balik. Tp kalau tak balik, seram aje kata mak duduk rumah besar-besar berdua gitu. Mak aku tu boleh tahan jugak penakotnye. Hahaha...

Mak pernah cerita kalau Abah pergi naik KL ke HUKM amek ubat, dia kan akan tinggal sorang-sorang. What she do is kalau tengok tv, takmo tgk channel biasa nie kecuali channel sport. Sebab takot ada iklan cerita hantu pastu nanti dia takot. Bwahahaha. Lawak la mak neh =P

By the way masa balik Johor di awal Ramadhan lepas, sempat aku kemas almari dapur besar gabak tu. Buang segala macam khazanah yg tak perlu & hasilnya dah nampak proper. Mak aku tu ada masalah sket utk membuang barang or sebarang dokumen/surat yg sbnrnya tak penting utk disimpan sbnrnya. Pastu letak main sepah aje tak ada tempat yg khas. End up kalau cari apa-apa kadang mmg tak jumpa. Sabokan ajelah huhu. Seplastik besor jugak lah aku buang khazanah tak perlu hari tu. Aku ikot kepala aku aje ttg perlu ke tidak adanya 'sampah' tu. Kalau cari sok dah takde, maknanya mmg aku dah buang la. Ha ha.

Kemas lemari besor tu je dah makan setengah hari. Penat wohh. Habi lak tak dpt nk tolong sbb dia taktau mana yg kena simpan & kena buang. Kalau ikotkan peel dia, mmg suka la kemas-kemas rumah mcm tu. In fact klu balik rumah Johor, memang habi yg akan sapu rumah terutamanya kat living room yg luas tuh. Rajin kan habi aku? Hehehe. Dia memang seorang yg rajin. Pastu suka pd kebersihan. Thats y la dia ringan tulang aje buat kerja rumah. Kdg dia sapu sampah kat porch kereta sana sekali. Haihh...untung mak abah dpt menantu lelaki rajin bak pompuan. Anak pompuan sendiri yg sorang ni mmg dh sedia maklom tak rajin mane. Kahkahhh =P

Tak sabarnya nak balik Johor weyhhhh. Cepat lah hari Selasa he he he....


p/s: masa iftar kat hotel last Monday, nampak Abang Nara with son & wife. nampak jgk Chef Joe judge MasterChef Malaysia ^__^





Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat