Something Simple & Budgeted

Aku pasti bukan aku sorang jer yang dah kureng mood utk bekerja minggu nie. Most of workers & students & alls yang menyambut Hari Raya Aidilfitri pon pasti sama merasainya. Now sedang mode persiapan terakhir sebelum datangnya Syawal dalam beberapa hari saje lagi. 6 hari gitu kowt. Dalam pd sedih kerana bulan Ramadhan akan meninggalkan kita, bulan Syawal juga perlu disambut dengan penuh kesyukuran. Tak gitu?

Sabtu & Ahad lepas tiada yang istimewa sgt bagi aku. Cuma hari Sabtu ada la jugak outing ke Bangi bertemu dengan saudara. Aku doakan moga saudara itu tabah & sabar menghadapi segala ujian Allah. Aku pasti 1 hari nanti dia akan bertemu dengan orang yang betul-betul ikhlas menyayanyi dirinya & menerima dia seadanya. Orang yang teraniaya tiadak akan selamanya bersedih. Matahari pasti akan muncul jua. It just a matter of time. Allah itu maha adil & maha penyayang. Akak sentiasa mendoakan kamu dik! Moga kita tak terputus hubungan atas apa pun yang terjadi yer.

Selepas bertemu dgn saudara, aku ajak habi ke Nilai 3 sekejap. Alang-alang dah keluar tol Nilai tu kan? Syukur habi tak membantah eventho dia tau poket aku tak berisi mane. Haha. Tujuan aku cuma satu. Nak cari pasu bunga besar tinggi & isi bunga & ranting kayu yg tinggi. Cuma ini ajelah yang termampu aku beli utk mengisi ruang kosong di penjuru ruang tamu selepas segala khazanah meja, kerusi & toys Naurah aku angkut letak dlm stor kat atas. Nak Raya nie tak sesuai letak meja Ikea awak kt situ yer nak.

Berjaya suruh budak nie jd model tak berbayar hewheww
Another shot huhu

Seb baeklah Naurah jenis budak yang tak bape nak usik sgt perhiasan rumah. Eventho last week dia baru aje pecahkan pastu tembikar souvenir orang kawen yg aku letak atas drawer, aku yakin itu cuma kejadian yang jarang berlaku & tak disengajakan of course. Sejak kejadian tu takde dah dia main kt drawer tu. Mesti fobia kena marah dgn ibu singa kan? Haha. Itu untongnya bila kita jarang marah anak neh. Bila kita marah, dia akan betol-betol ingat & take note dlm otak. Takot dh nak buat lagi. Kalau selalu sgt marah anak, lama-lama diorang jadi lali kowt. So tak takot sgt. Hewheww...ini teori aku ajelah yerp =P Salah ke betol ker wallahualam.

Tapi kalau tak marah lansung anak mcm jenis habi, pon buat anak tak takot lansong jugak. Siryes taw Naurah mcm tak amek port sgt kalau habi tegur dia. Maklom ler nada suara habi menegur tu mcm nada aku ckp biasa aje dgn Naurah. Hahaha. Manelah anak nak takot ye dop? Last-last habi mintak tolong aku jugak utk marah perbuatan anak yang nakal tu. Bila ibu singa bersuara.....haaaa...kecut ah perot budak tuw. Tak pukul lagi dah menangis. Acane? Tak sempat nak pukul dah lembut hati tgk anak teresak-esak menangis. Bagus jugak sbb aku pon tak suka nak pukul-pukul anak neh =P

OK. Dah melalut banyak. Hahaha. Pasal beli benda kt atas tu je pon yg menarik utk aku spjg minggu lepas. Semalam lansong tak keluar kemana. Memerap dlm rumah aje. Boring. Dlm pd boring-boring tu sempat la menjeles tgk rumah jiran selang sebuah serba baru porch keretanya. Pasang tiles, pasang gate automatik, buat tembok lawo & cat area porch tu sekali. Jeles benor nengoknya sampai dok agak-agak bape gaknye RM keseluruhan buat semua tu. Kami bajet dlm RM15k ade kowt. Huhuhu. Sakan la deme beraya tahun nie.

Eventho hati aku membuak-buak nak buat perkara yg sama utk rumah kami. Tp bak orang kata, ukur baju dibadan sendiri la kan. Ade duit RM15k? Takde. So duduk diam-diam situ. Kejamnya rasa. Huhu. Dapat pulak habi yg jenis tak amek kisah sgt psl nak mencantikkan rumah & renovate bagai. Terkubur layu ajelah hasrat murni aku tuw. Pulak aku nie jenis nak buat apa pon kena ada sokongan dr habi. Bila dia tak berminat, aku pon terpaksa melupakan sajalah tanpa redha. Pasrah la senang ckp. Kesiannya aku kan?

As usual, bila rasa susah kena fikir orang yg lebih susah drp kita. Barulah hati nie jd tenang setenang air dilautan. Errkk? Pernahkan laut itu tenang? Fikir-fikirkan lah hikhikk


#agak stress krn habi masih tak bg green lite utk pasang langsir baru. gewammmm!!




Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat