Attend Wedding @ Sitiawan

Lorhh...rupanya aku tak update lagi tentang kisah ke Sitiawan Sabtu lepas, tido semalaman & balik semula ke Sepang hari Ahad. Kisahnya bermula begini...ecehhhh...dh mcm cerita dlm tv pulak. Haha. A few weeks ago habi mention tentang bff dia nak kawen. So samada nak attend wedding kat belah pompuan which is at Pahang or belah laki kat Sitiawan. Since kawan dia tu lelaki, lebih molek ke Perak la kot. Lg pon Pahang dah pergi kan awal tahun ritu. Perak pulak dah lama gile tak jejak. Aku saje dekat 12 tahun kot. 

So ape kata kita mencuba jalan yang baru & tengok scenery yg berbeza kali ni. After dpt sokongan yg kuat drp aku, habi pon decide OK kita pergi. Dgn syarat tido hotel bajet aje yer. Hahaha. Knowing me, dia mmg kena letak syarat mcm tu siap-siap =P So a week before or so aku roger Intan Hezliyana blogger kat Sitiawan yg dah mcm kawan karib di alam maya. Inilah peluang utk kami bersua muka =) Sambil menyelam boleh amek gambo sekali klu guna camera waterproof hehehe....

So bertolaklah kami hari Sabtu around 2.30pm selepas attend jemputan hari raya di taska Naurah. Curlasss OK taska Naurah tiap tahun buat open raya. Menu best-best pulak tu siap berkhemah bagai. I loike. So di awal perjalanan aku as usual mesti mengantok punyelah kalau tengahari. So tido dulu seround sedar-sedar je habi dah sesat barat kat jalan Port Klang. Bwahahaha. Kalo aku tak tertido, maybe dia boleh gak mintak pendapat nak exit kat mana sekian-sekian kan? Tp dh partner tak sedor diri tido mcm tido malam, dia pon redah ajelah ikot instinct. Tawu-tawu nak sampai Port Klang suda ahahaha...

So buat U turn & after that takde sesat barat sampai la ke Sitiawan. Alhamdulillah. Masa pergi nie kami tak lalu hiway LATAR sebabnya tak tawu. Hahaha. Balik lalu LATAR masuk kat area Sungai Besar kalau tak silap, pastu exit kat Bukit Jelutong & sambung balik hiway ELITE sampai exit KLIA. Tp tak nyesal lalu jalan lama sbb scenery adalah kampung. Best sangat. Nampak sungai, nampak sawah padi, nampak gerai jual pelam/mangga tepi jalan. Memang tak tido dah aku lepas sekali tido tu. Terbaekkkk!

Sampai bandar Sitiawan teros cari hotel bajet & akhirnya memilih Hotel Radiant pd harga RM108 semalam. Bajet la sangat kan? Well...hotel bajet lain tu macam tak best betol nengoknya. Ala..beza pon setakat RM20 camtu jer. Lagi 1 kan hotel bajet nie dia ada satu macam bau orang cha ya nun alif tu taw. Tak suka sangat kalau ada bau tu. Teros rasa cam kembang anak tekak. Bukanlah nak kata kami banyak duit.....tp kdg mmg tak lalu weyh. Dgn yg jaga kaunter ntah bangla or hendon mane ntah. Ckp melayu pon ntah pape.

Hotel Radiant ni mcm baru renovate kot. Best aje hehe. Jaga kaunter pon 2 budak melayu lelaki & perempuan. Tokey dia cina tp mesra alam la jugak tanya kami itu ini. Bilik banyak dah habis. So terpaksa ambil yg paling mahal Family Deluxe. Katil 1 Queen & 1 Single kami rapatkan jadi besornyer...guling 3 kali pon masih tak jatuh lantai...hahahaha...poyo betol mak budak neh...ngalahkan anak pulak hihi...


Lepas solat jamak & qasar, kami keluar lepas Maghrib cari makan. Lapor. So makan kat D'Malee Restaurant order Siakap Stim Lemon, Kerabu Mangga & Telur Dadar. Air buah tembikai & apple total of RM42. Lebih kurang rate makan kat area Sepang jugak. Sokay la. Cuma siakap tu rasanya overpowering pulak. The lemon & garlic berlumba-lumba nak tunjuk hebat sampai rasa mcm masin ke guane ntah. Tp licin gakla makan pasal dah lapo tahap gaban haha


Lepas makan kami lajak ke Lumut sbb Intan sms ckp tak jauh. Memang tak jauh pon. 10 minit dah sampai kat Waterfront Lumut & layan Naurah main kt playground sampai pukul 10malam. Balik bilik teros kebabomm zzzzz. Kepenatan semuanya. Bangun pagi rasa fresh & Intan sms soh dtg rumah dia after 9.30am. So mandi-mandi bersiap & bertolak. 10-15 minit je dah sampai rumah family Intan. Kami dijamu nasi lemak sambal udang, ayam goreng & sambal sotong yg perghhhh mmg membuka selera sungguh. Naurah taknak makan kecuali telur rebus sebiji. Jadik laarr utk perut kecik budak tu. 


Itu budak kalau pegi rumah orang mmg gitu lah dia. Sokmo takot nak berkepit dgn ibu ayah aje. In a way bagus jugaklah drp dia explore rumah orang kesana sini buat onar kan? Aku prefer dia pemalu gini lagi sebenarnya. Tak susah hati sgt nak berkunjung rumah orang =) Cumanya dia tak mesra alam & nak dengar sepatah kata pon berat. Bak kata Intan suara emas. Hahaha. Pdhal klu dgn org dh biasa manjang pokpek mcm org dh besar. Sebijik ikot perangai ayahnya bab pendiam neh hehe....

1 jam jugaklah menyembang dgn Intan & ibunya. Habi nyembang dgn husband Intan, Alang. Sambil tu dpt main dgn anak kucen super comel si Bella. Sampai skrg aku rindu ngn anak kucen gebus ni. Rasa cam nak geget-geget hahaha. Thanks Intan for having us. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi yer. Pukul 11am gitu kami minta diri sbb nak bersiap ke wedding bff habi pulak. Seb baek rumahnya kat taman belakang hotel tu aje. Tak tergesa sangat la kami =)


Lauk pauk kt wedding adalah best. Heheh. Itu je yg aku ingat yerk. Sebabnya kan ada pucuk ubi masak lemak tempoyak yg kaw pastu ada petai sekali dalam tu. Perghhh...terangkat beb! Pekena dgn ayam goreng mmg ummphhh. Terbayang-bayang sampai hari nie hehehe...

After wedding, gerak ke Lumut utk cari souvenirs for family terdekat. Tepat 2.00pm kami bertolak balik ke Sepang & sampai rumah around 6.30pm. Alhamdulillah selamat pergi dah balik. Aku suka dgn bandar Sitiawan & berharap dpt pergi lagi kesana next year utk holiday ke Pulau Pangkor ajak Kak Ya semua. InsyaAllah ^___^








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat