Habi Yang Tegas

Aku dah berniat & berjanji dengan diri sendiri tentang 1 perkara ni. Selagi niat nie tak terlaksana, aku akan postpone dulu semua kehendak yang besar-besar tu. Memang dah nekad la nk fokus mencapai matlamat tu dulu. By hook or by crook, next year kena jugak usahakan secara habis-habisan. Dan kalaulah habi lembut hati nak tolong bininya punya wish utama neh, alangkah bahagianya kurasakan ^___^

Buat masa nie aku masih dalam fasa pujuk memujuk habi. Kadang aku pelik jugak kenapa dia keras hati sangat bab nie. Benda baik kot yg aku mintak tolong neh. Sedikit sebanyak of course dia pon dapat tempias kebaikannya juga. Lagi pun ini isteri tersayang okehhhh! Sorang aje bini comel takde dua, tiga & empatnya. Kenapa tetibe berkira sangat nehhh?

Aku faham alasan yg dia berikan tu. Tapi since dia berkemampuan, apa salahnya tolong bini serba sikit ye dop? Matlamat utamanya sama-sama kami akan dapat kebaikan. Dapat menyuburkan rasa cinta antara suami isteri & banyak lagilah hikmahnya. Apa yg tak boleh sangat ni habi???

Aku masih tak putus asa lagilah bab ni. Aku bukannya apa. Takot rasa yg berkobar-kobar ni mati spt satu masa dahulu. Taknak kali ni pon terima nasib yg sama. Rasa bersalah sangat sebenarnya T_T So aku rasa memang tak eloklah kalau nak postpone lagi sebab kita pon taktahu bila ajal akan menjemput kita. Benda baik tak elok kot ditangguh lama-lama. Hidup pon jadi kurang berkat agaknya. Who knows?

Siryes la kali ni aku rasa macam sanggup bergolok bergadai utk memastikan niat nie terlaksana.Yang penting kekosongan yg ada dalam hati nie dapat di isi semula dengan segala kebaikan & hikmah. Aku rasa utk diri aku, ianya sudah jadi semacam keperluan & bukan lagi kehendak. 

I really need to refresh myself to be at the peak of my life again.

Nak doa kuat-kuat lagi supaya Allah lembutkan hati suami tersayang tuh. 

Doa & brainwash. Hehehe. 

Kali ni betul2 tak tau habi akan ubah fikiran ke tak. Dia sangat firmed sejak wish ni disuarakan hingga ke hari ini.




Popular Posts