Hari Ini & Semalam

Gigih on lappy semata mata nak update blog. Dalam pd hidung srot srett & mata yg makin terasa panas & pedih, masih lg sempat update blog. Blogger tegar sungguh.

By the way aku mc hari nie. Dari flu from last week membawak ke demam teros bermula semalam. Ni pon baru aje balik dr klinik kat Nilai amek ubat & mintak mc. Klinik kat BBST nie semuanya penuh dgn umat manusia masa pergi td. Tak jadi nak masok tunggu giliran. Pegi kat Nilai takde orang. Teros je masuk jumpe doctor. Best. Doc check suhu dah demam rupanya. Blood pressure pon tinggi sikit. No wonder la psl aku cam rasa ada mild headache.

Hopefully esok dah ok & boleh pergi kerja cam biasa. InsyaAllah.

Seronoknya semalam ramai yg datang beraya kat rumah. Mostly bloggers la kan. Pastu ada family Abg Eddy & Kak Lin. MIL satu family pon datang. Kami masak special sikit la cam soto, ayam masak merah, makaroni goreng & rebus sosej. Wedges ade beli tp x sempat dah nk goreng. Penat. Haha.

The bloggers yg dtg mcm Evyn, Jue, AnaLyana, Nurul, Hany, Jue Mama Icha, Fashya & yg paling special sekali pembaca blog tegar Aisha Khalidin. Lagi special sbb dia bawak mee lidi goreng yg akhirnya jd juadah tambahan. Nie mesti sbb terpengaruh dgn hasutan mek Kuantan sane. Hahaha. Sorry sbb lupa nak bg tupperware awak Aisha. Bile ntah nak pulang pd tuannya yerp? Huhuhu

Sorry to bloggers yg tak sempat nak invite. Mostly sbb terlupa sebab ad hoc punye invitation. For those yg aktif kat tweet tweet aje jemput semua. Nak jemput satu satu mcm tak kuase. Huhu. Punyelah plan takde nk buat makan-makan raya tahun nie. Bajet cam nk lari pasal next week nk pegi Perak attend wedding bespren habi. Alhamdulillah rezeki Allah tu sentiasa ada. InsyaAllah tak berkurang pon rezeki kami buat makan-makan neh. Cuma invitation tu agak terhad sikitlah berbanding last year. Tp kenapa rasa yg tahun nie lagi meriah yer? Cam havoc giler rumah semalam. Puas jugak dpt sembang banyak dgn semua yg datang.

Kalau nak ikotkan jemputan last year lagi ramai berbanding tahun nie. Tp puasnya tu lain macam.

Habi pon ckp tahun nie kurang penatnya berbanding last year. Padahal masak banyaknya tu lebih kurang aje. Adakah sebab ikhlas lebih banyak drp tahun lepas? Huhuhuh...entah lah. Kami pon takde jawapannya. Maybe jugak sbb time management yg better than last year. Wallahualam.

At the mement Naurah tak hantar ke taska pun. Tp dia buat sepah rumah & clinging dgn ibu sokmo. Bila kita tak bape nk sihat nie rasa cepat nak marah. Bdk tu pon cengeng kejap-kejap nk nangis. Tak boleh tinggi suara sikit. Aku klu blh nak berehat la sbb mmg badan rasa sakit sana sini bahana demam ni. Tp anak pulak asyik nk berkepit & melalak. Guane nak rest gitu?

Demi anak...semuanya ku gagahi. Kalau dh namanya ibu tu...mmg mcm nielah. Keutamaan anak tu jd nombor satu berbanding diri sendiri. Naluri keibuan yg normal.

OK lah. Ini aje yg dpt aku update buat hari nie. Esok InsyaAllah ada gambar semalam punye event makan-makan. Tungguuuuu....









Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat