JPO, Legoland & Hello Kitty Town

Aku ni nama aje anak jati Johor. Tapi yang sebenarnya aku tak berapa familiar pon dengan jalan area sana terutamanya bandaraya Johor Bahru itself. Paling biasa cuma dengan bandar Kota Tinggi. Yang lain tu tak berapa nak tawu sangat & tak biasa jalan-jalan explore sana sini. Sebabnya?

After SPM, aku masuk matrikulasi kat Ipoh, Perak. Then sambung matrikulasi lagi sekejap around 4 months kat Arau, Perlis. After that amek degree kat UPM, Serdang. Pastu kerja kat Cyberjaya until now. Berkahwin pulak dgn orang Selangor & menetap kat Sepang. Celah mananya aku nak arif tentang negeri kelahiran aku sendiri kan? Masa sekolah dulu keluarga aku bukannya orang senang. Adik beradik pon ramai. Takdenye nak cuti-cuti keluarga jalan sana sini macam sekarang. Rombongan sekolah buat pon boleh dikira dgn jari je yang dapat join. Tak mampu weyh. Kesian kan?

Walaupun begitu, Johor tetap dihatiku. Aku sayang negeri kelahiran aku & menyanjung tinggi Sultan Johor sekarang. Suka sangat dapat Sultan yg mesra rakyat & prihatin. 

Dahulunya pada aku kat negeri Johor tiada apa tarikan yg menarik utk kesana. Kalau orang tanya apa yg best kat negeri Johor., siryes aku pon mati kutu nak jawab ape. Yang aku tau cuma ada Danga Bay tepi laut boleh nampak Singapore kat seberang sana. Pastu ada shopping complex. Lorhh..mana-mana pon banyak shopping complex kan? Hahaha..

Tapi sekarang aku berbangga dengan kemajuan negeri Johor bila ada perancangan wilayah Iskandar. Sejak 2-3 tahun lepas, dah boleh berbangga dgn adanya Johor Premium Outlet (JPO). Kemudian baru-baru ini ada taman tema bertaraf dunia iaitu Legoland. Terbaru lagi ada Sanrio Hello Kitty Town yg will be open by this November.


Homaiii..tertibe macam syoknye ke Johor sebab ada semua tempat diatas. Sebagai anak Johor mestilah aku bangga dengan tempat yang bertaraf dunia tu semua. So bila orang tanya lagi apa yg menarik kat Johor, mak dah tak fikir panjang lagi. Laju aje promote itu & ini. Mak happy...weeee =D

Since next year memang plan utk cuti-cuti Malaysia. So rasanya dah boleh target nak ke Legoland & Hello Kitty Town. Naurah pon dah makin besar & makin pandai berseronok. Mesti dia happy kan? ^___^

Jom korang!

Meh tengok ada deal yang best utk ke Legoland & Hello Kitty Town. Enjoice =)













Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat