Resipi : Mee Hailam

Akhirnya semalam cancel nak ke kedai beli tepung jagung & sawi. Sebabnya dah lewat. Takot tak sempat pulak nak siap masak sebelum masuk waktu berbuka puasa. So aku guna ajelah apa yg ada kat dapur tu. Resipi cincai tapi hasilnya puas hati =) Naurah pon makin habis semangkuk. I'm glad that she loves it. Hilang rasa penat bila tengok anak makan bersungguh.

So here it goes...





Bahan-bahan:
Mee Kuning (sebungkus)
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
Udang Kering
Ayam
Sotong
Carrot
Mushroom
Tomato
Daun Sup
Limau kasturi
Sos Tiram
Kicap
Garam

Cara-cara:

1. Celur mee kuning dalam air panas utk beberapa minit & toskan. Asing.
2. Kisar bawang merah, putih, halia & udang kering. Panaskan minyak & tumis sampai naik bau. Masukkan ayam, carrot & sotong. Tuang air dalam 2-3 cawan. Biarkan mendidih.
3. Dah mendidih masukkan sos tiram & kicap. Kacau sebati.
4. Dah mendidih lagi, masukkan cendawan, tomato & daun sup yg dipotong halus. Letak garam sikit je sbb nnti takot masin sbb sos tiram & kicap dah ada pemasin. Siap!
5. Nak makan, masukkan mee tuang kuah & perahkan limau kasturi. Selamat makan!





Popular Posts