Resipi : Mee Kari Kerang

Adik aku siap kutuk lagi aku amek gambo mee kari nie sebelum melahap diwaktu berbuka. Kot ye pon katanya letak la dalam mangkuk molek sikit. Hahahaha. Aku suka makan dengan pinggan plastik neh. Nape ntah. Cam best wuwuwuw. So gasak la tak lawa pon dia. Yang penting mee kari kerang aku masak semalam adalah sedap. Anje yg selalunya tak makan malam pon siap menambah. Habi pon makan sampai licin eventho pedas sikit katanya. Pedas ke mcm tuw -.-"

So aku bagi bahan-bahan supaya korang boleh try & alami sendiri keenakkan Mee Kari Kerang yang sebenar. Ewahhh (padahal aku campur-campur resipi mee kari dari gugel aje kihkihhh)

Telur rebus tu lembik2 mmg heaven wohhh
Kerang yg banyak mmg wowww

Bahan-bahan:-

Mee Kuning sepeket
*Bawang Besar
*Bawang Putih
*Halia
*Udang Kering
(*dikisar)
Lada Kering kisar
Asam Keping
Santan kelapa (aku pakai kotak aje huhu)
Kayu Manis
Bunga Lawang
Gula
Garam
Sawi
Fishcake/Fishball
Kerang yg dh direbus & dikopek
Telur rebus

1. Celur mee kuning dengan air panas. Celur sawi dgn air panas jugak. Asingkan.
2. Rebus telur & kopek. Asing.
3. Panaskan minyak masak, masukkan bunga lawang & kayu manis sampai naik bau. Masukkan bahan-bahan yg dikisar & sesenduk cili kering kisar. Kacau sampai masak. Bila dah masak, masukkan serbuk kari & air 2 gelas. Biarkan mendidih.
4. Dah mendidih, masukkan santan. Mendidih lagi, masukkan asam keping, kerang & fishballs. Letak gula & garam. Kacau sampai masak.
5.Then nak makan masuk ler mee kuning, telur & sawi dlm pinggan. Tuang kuah kari. Ngapp! (ini pon nk ajar ke?-.-")




Popular Posts