The Day - Raya Makan-Makan 2012

Allah....camera dah bawak opis. Cable transfer pon dah sedia ada kat sini. Tapi wire battery for charging yg tak bawak. Kalau bateri kong, guane nk ON & transfer gambar ke PC? T__T

Gambo kat henpon pon tak bape nak banyak. Dah post pon dekat twitter & wassap. Tapi sbb gambar lain dah takde, aku letak jelah lagi kat blog. Pastu kan, banyak gak snap gambar using iPhone Kak Ya. Pastu Kak Ya dah balik KL guane pulak yerp? Nampaknya kena tunggu jumpa dgn dia sekali lagi lar. Tak tahu bila since weekend nie nak ke Perak. Maybe last weekend on Syawal kot. Masa tu dah basi pon citer makan-makan rumah aku ni hahaha....gasak!

Takpe...kat camera Nikon pon ada gambo best-best jugak. Harapkan kt situ ajelah kot esok. Sayang sgt dipertengahan majlis bateri kong. Arghhh...memang tensi dibuatnya. After that yg terpaksa pakai iPhone Kak Ya & sikit at my phone.

Blogger pertama yg sampai adalah Evyn. Eventho dia yg pertama, aku taknak bg hadiah sebab dia buat aku terkocoh-kocoh pakai baju & tak sempat nak mandi. Wakakaka. Yer, itulah cerita sebenarnya Evyn. Aku baru nak mandi dgn Naurah, ko dah call tanya rumah aku nombor berapa. Teros aku capai skirt purple, kemeja & shawl rimau bintang. Sembur minyak wangi banyak-banyak & attend ko. Siryes ko telah buat aku berpeluh dengan hebat sekali. Hahaha. Tak jadi teros nk pakai baju kurung sbb tak sempat iron lagi =P

Jadi yg pertama & only bagus jugak kan? Dpt layanan special drp tuan rumah. Dapat makan sepuasnya tanpa berlanggar bahu dan sebagainya. Tp mcm tahun lepas jugak, jenuh la Evyn & suami nak melayan si Ammar yg like any other boys suka explore & tak reti duduk diam. Kejap baik layan otromen kt tv, kejap kang dia nak naik beskal kt porch kereta. Memang tak tenang aku tgk Evyn nk makan. Padan la ko kurus weyh!

Evyn tak lama sgt psl dia nak ke HKL. FIL nya ada pembedahan jantung. By pass mcm Abah aku dulu agaknya. So lepas aje Evyn balik, berlari aku keatas utk mandi. Naurah aku sempat siapkan masa Evyn tgh makan. Budak tu pon boleh pulak dia berak time2 tu. Habi pulak g kedai beli plastik sampah. Seb baek Naurah rilex x menangis kena tinggal sorang kt atas masa aku attend Evyn. Relax aje dia dr atas tengok orang kt bawah. Siap masa aku naik dia tanya ' kawan ibu datang ker?'. Smart girl. Aku ckp dgn dia dah sudah berak nnti panggil ibu kat bawah yer. OK, dia jawab. Baiknya awak.

Shawl aku tukar kpd tudung bawal. Lebih selesa. After that sorang demi sorang blogger pon sampai. Fashya adalah bloggers yg kedua. Masa sampai si Anas & Husna dua-dua tido. So keluar la segala bantal & lapik tilam kt ruang tamu. Anas cute giler. Baik aje dia tak nangis-nangis. Dia menangis bila aku gatal tangan angkat dia. Ya Allah kekok giler weyh pegang baby. Siryes skill dah tercampak ke laut mati sana kot. Bila Anas menangis tak berhenti, aku dah kelam kabut, Mokhtar suami Fashya pon soh bg Anas kt dia. 

Amboii...dapat ayahnya yg pegang terus diam yer. Ayah pon dah terer nak handle guane bila anak menangis. Dgn Husna yg baring dipangkuan sedang mamai bangun tido teros nampak kartun kt tv, mmg nmpk spt ayah yg baik. Fashya masa tu sedang menikmati juadah yg disediakan. Mcm terkejut bila Mokhtar banyak pulak menyembang & bertanya. Tetibe teringat tentang topik pendiam di UB. Hurmmm....mmg mengelirukan.

Tengah sembang-sembang dgn Fashya, kalau tak silapnya Aisha sampai kowt. Dia aje muka yg aku tak familiar. So mmg tawu ni mesti Aisha ni. Hahaha. Senang sangat nak masok dgn dia. Bersembang macam dah lama kenal & selalu jumpa. OK I like this kind of person. Tak ler aku mati kutu cari idea apa nak cakap like klu jumpe dgn org yg kurang bercakap. Aku memang tak suka awkward situation dimana semua orang diam takde idea nk ckp ape. Tak best!

Aisha bawak mee lidi goreng. Sedap. Sampai bekas pon aku lupa nak pulang balik kt dia -.- Pastu suami Aisha pon ok boleh sembang-sembang dgn habi. Aufa pon sgt cute dgn kulit putih melepak & rambut kerintingnya yg mengigatkan kita pd A'uf anak Yaya hihi. Nama pun dah dekat-dekat hihi.

Pastu Kak Niza officemate aku sampai sama waktu dgn Aisha kalau tak silap. Dia sorang aje kawan sekerja yg aku jemput tahun nie. Datang jauh jgk tu dr Klang. Tiap tahun tak pernah miss dia datang beraya kt rumah aku. Thank you so much kakak =)

Then sampai dah Jue & AnaLyana. Ana tumpang Jue sbb suaminya kerja. Thanks Ana sbb nak juga datang eventho suami kerja. Cumanya kesian kt Ana sbb si Dani manjang menangis berebut barang mainan kt rmh aku. Aku tak sangka la giraffe, kerusi & beskal 2 biji kt luar tu jd bahan berebut by the boys. Si Dani, Alif & Aufa saling bercakaran diluar & didalam rumah. Kat luar para suami tolong tengokkan. Kt dalam para ibu yg kena alert. Memang riuh rendah rumah aku dah macam taska. Hahahaha. Kelakar betul kalau ingat-ingat.

Lupe nak sumbat nama Hany tadi. Heheh. Ini updated version. Rasanya dia sampai before Nurul tak? Adoi..siryer berterabur dah timing orang datang. Penyakit lupa menyerang. Maybe sbb demam kot skrg ni. Hahaha alasan poyo. Hany datang mcm sekejap aje. Tak nyempat sembang ape pon. Tu psl kurang ingatan sikit. Tp Faqihah nampak comel dgn rambut tocang lipan kt belakang. Naurah aku nk ikat biasa pon dia dah marah -.-

Then Nurul pon sampai dgn ibunya & Raina. Raina pon tetibe masuk dlm scene percakaran berebut mainan. Kakak Long sudah sampai. Hehehehe. Husna, Zara, Anas & Naurah je kot yg mmg tak kisah ape. Kalau semuanya masuk dlm picture, tunggang terbalik gaknye rumah tu jadinya. Hahahaha....lawak betol lar. Tp kan, tgk boys punya peel mcm tu, buat gerun jugak kalau next child baby boy. Sudah bersediakah aku menghandle boys yg aktif kesana kemari & klu anak berebut mainan? Hurm....takotnyerrrr

Family Abg Eddy sampai dlm kekecohan jugaklah. Kebetulan si Emriel kurang sihat. So dia takdelah join the boys sgt. Lagipon umur dia dh 4 tahun. Tak pandai sgt kot nk main dgn boys yg 2 tahun gitu. Hehe. Thanks A. Eddy & K.Ann yg sanggup dtg jauh-jauh. Bila diorang balik, Kak Ya pon ikot sama sambil menangkut steamer Morgan beli kt milkAdeal hari tu. Bila nk buat siakap stim lemon?

Then ramai-ramai nie balik agak serentak jugalah. So bila semua balik, sunyi pulak rumah jadinya. Tp sempat berjumpa la deme dgn Julia Abdul with family. Sempat bersalaman ajelah. As tetamu blogger terakhir, untung juga bila bloggers lain byk dh balik. So dpt perhatian lebih jgk dr tuan rumah. Puas juga bersembang. Thanks Jue sbb dtg gak pdhal jemput dr wassap aje. Last minute pulak tu. Byk sgt kekhilafan ttg jemputan nie. Maklum la plan ad hoc gini. Ramai yg terlepas pandang. Sorry.

Mempunyai anak yg sebaya lebih kurang dgn bloggers yg lain, membuatkan aku & habi faham dgn karenah budak-budak. Siryes aku & habi tak kisah pon pasal air tumpah or makanan sepah-sepah bila tetamu datang. Rebut mainan melalak dan sebagainya. Mmg itulah yg kita perlu jangkakan bila adanya budak-budak kan? So kome jgn risau & segan yer. We are so okay with all that =) Tak tipu!

Tiba-tiba bersemangat pulak nak buat lagi utk tahun depan. Seronok pulak rasanya. Lagipon dah lama kan tak jumpe dgn bloggers semua. Bila next gathering neh? Kata lepas puasa kan? Hewheww...jom buat potluck lagi. Sape nak jd penganjur? Dayu kata dia dah surrender hihihi....

Lawanya tudung ko Nurul!
Haa...sampai ke dlm beskal poyo Naurah tu. Dani la tu hihi
Jue buat muke terkejot pulak tgk aku hahahah...nape Jue?gemok sgt ek aku? =P
Aisha & Zara. Amek berkat anak girl pulak =)


Lepas Julia balik, PIL & family pun sampai. Around pukul 7ptg deme balik & bertukar tempat dgn kakak sulung aku Kak Lin yg dtg all the way from Senawang. Thanks for coming.

InsyaAllah kita berjumpa lagi pd acara makan-makan sambil beraya di rumah ini tahun 2013. Doakan kami sentiasa murah rezeki yer semua ^___^







Popular Posts