Aura Rajin

Malam tadi habi ke Stadium Shah Alam tengok bola. Selangor Vs Johor FC. Dalam setahun memang ada dalam 3-4 kali habi request nak ke stadium dengan geng bola dia dulu. Aku sokay aje sebab bukan selalu sangat pon. Usually bila dia pergi, memang balik pukul 12malam lebih la. Lepas tengok bola of kos nak minum kat mamak dulu ye dop? Standard. Aku pon dulu bukan tak pernah ada event macam tu. Masa bujang ajelah. Dah ada anak ni tak kuase dah buat peel gitu. Tido kat rumah pelok anak lagi syok. Haha.

Lepas tengok kdrama kegemaran, tgk jam baru 10.20pm. Tetibe macam mata tak mengantuk sangat la pulak. Padahal mulanya aku dah tutup tv dah. Pastu boleh pulak ubah fikiran & bukak balik tv tengok ada bola under 21 Liverpool Vs West Brom. Naurah masa tu dah tergolek dok depan tv. So aku pun ke kitchen & start basuh pinggan, lap cermin tingkap, lap kettle, lap oven yg dah lama tak guna -.-", lap rice cooker, lap blender stand, lap meja & lap fridge. Banyak tak aku lap? Hehehe.

Siryes masa lap tu aku terfikir camnelah aku boleh biar semua benda nie berhabuk sampai gitu. Macam pengotornya kau Sharena! Kesian habi dapat bini pemalas macam haku. Sepatutnya dah habi tolong sapu & mop lantai, aku kenalah jaga juga kebersihan perkakasan yg lain. Takkan semuanya nak harap ke habi kan? Once in a while memang aura rajin dalam diri aku akan sampai. Cuma nak tunggu sampai macam malam tadi tu, memang boleh buat orang lain makan dalam. Haha.

Pastu aku terfikir mesti PIL aku chop aku pemalas & pengotor kan bila nampak perkakasan dapur yg sokmo berhabuk tidak dilap bersih. Yang aku selalu rajin nak maintain cuma dapur masak sebab everytime lepas masak, memang aku akan lap siap-siap. Tp perkakasan lain mcm yg aku tulis kat atas memang selalu terlepas pandang. Hampeh betol.

Aku harap lepas nie aku lebih rajin la memerhati tahap kebersihan perkakasan kat dapur tuh. Aku plan nak rombak susun atur barang kat dapur tu bila ada masa. Tapi aku macam lost tak tawu nak start drp mana. Nak susun elok-elok semua khazanah dlm kabinet supaya nampak lebih proper. Harap malam nie aura rajin aku masih tak padam lah yer!

Tup tap buat kerja mengelap, tgk jam dah 11.10pm. Tutup tv, angkat Naurah naik bilik. Call habi dulu tanya dia kt mana & after that aku pon terlena. Sempat terjaga nampak habi dah siap mandi. Tak sempat nak tunggu habi selesai solat, aku dah berlayar jauh ke pulau pandan hewhewww =P





Popular Posts