Haji & Medan Trip

Haihh...entah apa lagi yg nak aku kongsikan kat sini. Macam dah takde ape pun. Tapi sebab taktau nak buat apa, maka terhasillah entry ini.

Rasanya muktamad dah kot Abah, Mak & Kak Ya tak jadi pergi ke Mekah tahun nie. Semua pun tahu kuota 10k jemaah yg Tabung Haji apply ditolak by kerajaan Arab Saudi. So bagi jemaah yang menggunakan pakej bukan secara muassasah pasti terkena tempiasnya. By right bukan tiada offer daripada orang sekeliling mereka yang mahu memberikan tempat melalui 'kabel' tertentu. Tapi Kak Ya dah tetapkan pendiriannya utk tidak mahu menerima tawaran yang seumpamanya. 

Walaupun pada dasarnya aku kurang bersetuju dengan pendapat Kak Ya dalam hal ini, aku tidak mahu mempertikaikannya. Yang nak perginya dia bukannya aku kan? So I just respect her decisions as a sister. Bagi sokongan ajelah =)

It just that Mak nampak yang paling kecewa sekali antara mereka bertiga. Abah pula biasa-biasa saja. InsyaAllah tahun depan masih ada peluang buat mereka. Itu semua urusan Allah. Kalau memang ada rezeki & the time is right, peluang itu pasti akan datang jua.

Disebabkan sudah cancel ke Mekah, Kak Ya rasa macam nak join aku & adik-adik dlm trip ke Medan next month. Terus aku rasa excited. The more the merrier right? Eventho expenses sudah hampir double drp yg aku bayar sblm nie, apeadehal for Kak Ya kan? Dia pon penin camne nak habiskan cuti about 25 days yg kununnya dia simpan utk ke Mekah. Now dah kena settlekan cuti b4 end of this year. Cuti banyak tp kerja kat opis pon byk juga katanya. So how?

Nampaknya gaji bulan 10 kena simpan utk ke Medan lah pulak. Perjanjian aku & habi, flight & hotel dia yg settlekan. Part aku all expenses masa kat sana pulak. Tak sure bape banyak yg diperlukan semasa disana. Kat Medan bukan nak shoopping ke ape. Cuma teringin nak melihat negara orang & at least dah jejak kat negara Indonesia. Pasti ada yang menariknya disana. Cuma rasa nak free & easy jalan sana sini tgk cara hidup kat sana. Takde tempat spesifik pun nak pergi kecuali Lake Toba. Tp khabarnya 5 jam perjalanan drp bandar Medan. Homaiiii...terus rasa mcm tak sanggup pulak hohoho

Oklah. Nak kena gugel apa yg best ada kt Medan. Kena buat plan drp skrg. Kalau tak habis kena bambu dgn Kak Ya pasal xde itinerary hahaha

Lebih kurang sebulan jer lagi....rindunya naik kapal terbang ^___^







Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Umrah 2022 - Ujian Sebelum