Jubah Putih

Alahai...apalah nasib orang nak berjubah putih pemberian mak hari nie. Siryes aku tak sangka eventho dah ada layer kat dalam, still boleh nampak spenda dari belakang. Huwaaaa....seb baek weyh habi jalan belakang aku tadi & dia tegur cakap nampak spenda. Memula hangit gak aku apasal dari rumah tak habaq? Tapi yelah...dia pon takde nak menelek pungkoq aku kot tengah sebok-sebok nak keluar rumah tu kan. So tak bolehlah nak hangin tak tentu pasal dengan dia huhuhu...

Pucat teros muka aku agaknye bila habi cakap nampak spenda. Dalam otak fikir, adoiiii guane neh? Takkan nak balik rumah tukar baju? Baru aje sampai neh. Habi pulak boleh bagi suggestion mengarot. Dia kata duduk aje kat opis takyah gerak kemana-mana. Lagi tambah nanah pulak kat hati aku kan? -.-"

Laju-laju aku jalan masok ke opis & duduk. Otak masa tu dah dapat idea nak pakai blazer jelah tutup pungkoq. Seb baeklah blazer memang sentiasa standby sangkut kat seat aku. Penyelamat keadaan lah kiranya hari nie. Lega. Phewwwwwhhh

Kunun niat hari Jumaat pakai jubah nak menutup aurat dengan sempurna. Tapi nampaknya nyaris buat tayangan lucah pulak aku hari ni. Hahahahaha.

Kena take note la jubah ni kena pakai seluar or kain dalam hitam la kalau nak pakai lagi. Jubah putih memang cantik kan? Rasa macam suci murni aje. Hehehee. Tapi hati-hati lah yer. Jangan sampai jadi macam kes aku hari nie. Nyaris buat free show kat seantero opis hewhewww =P

Lawa jubahnya. I like. Thanks mak =)

Tangan gemok ahahahaha...
By the way kisah jubah nie pulak. Sebenarnya mak aku salah beli saiz. Aku tengok rupanya saiz aku yang dibelinya. Mak aku selalu kalau beli baju end up nanti kena bagi kat aku. Sokmo salah saiz. Hahahaha. Kak Ya punya baju kurung bila tempah buat kat orang pon selalunya end up dia tak muat & bagi kat aku. Rezeki apekah ini?

Hurm.....misteri kan? ^____^








Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat