Menantu Hantu = Aku

Dah lamanya rasanya tak balik Semenyih. Last week aku ade ajak habi balik sana kejap sbb weekend lepas ni kan balik Johor. Tapi Sabtu dah sibuk mengecat rumah. Ahad nya habi pon flat kepenatan. Dia diam aje tak ajak balik sana eventho sblm tu dia ckp boleh jugak balik sekejap. So aku pon diam ajelah evetho dalam hati rasa tak best pulak dah lama sangat tak balik sana. Takut orang cakap aku pulak yg taknak balik sana padahal aku suka aje kesana. 

Naurah suka main dengan semua pak sedara dia. Aku pon dapat relax sikit sebab kat sana barulah Naurah tak berapa nak follow aku kesana kemari. Maybe sebab dia seronok ramai yg melayan kot. Pastu memang rapat pulak. Suka tengok suasana meriah kat sana bila Naurah balik. Untungnya awak Naurah ada ramai yang menyayangi. Sometimes Ibu pun rasa jeles kat awak ^___^

Korang ingat lagi tak tentang kejadian bulan lepas yang aku menangis sampai bengkak mata beberapa hari tentang rambut Naurah? Ape pulak perasaan aku selepas beberapa lama kejadian tu berlaku yer?

Seperti yang aku jangkakan, semakin masa berlalu, semuanya semakin terlupakan. Aku pun tak mahu nak ingat benda yang dah berlaku & berlalu. Tak perlu kot nak ingat benda yang lama? To forgive & forget. I think its already happen. Sememangnya aku sendiri tahu aku exaggerate atau melebih-lebih jer tentang perkara tu. Aku rasa maybe ada kaitan dengan peningkatan usia & being a mother. Orang yang belum jadi ibu takkan faham perasaan yg aku alami. Jadi mereka hanya boleh menghakimi tentang apa yg aku tulis kat sini.

Bukan mudah berperang dengan perasaan sebagai seorang ibu dengan logik akal. Untuk perempuan, perasaan selalunya akan menang. Logik akal memang mudah ditolak ketepi. Tapi dengan berlalunya masa, hati akan terubat & kita semakin dapat berfikir dengan waras. Yer. Aku memang belajar drp kesilapan. Memang dengan berbuat kesilapan, aku menjadi semakin matang. Jadi bagaimana kalau perkara yang sama berlaku lagi in future?

Hurm...maybe aku takkan emosional sangat seperti pd kejadian yang pertama. InsyaAllah. Sedih? Hurm..rasanya memang akan sedih. Kalau boleh memang taknak sangat perkara yg sama berulang. Ini adalah hakikatnya utk diri aku. Aku takkan menidakkan perasaan aku sendiri. Cuma how I handle the situation I hope it can be better than the last time. Taknak bikin hati habi torn apart between his parents & his wife. Aku tahu bukan senang habi nak handle situasi macam tu. Aku juga tau walau apa pun seorang Ibu tetap yang No.1 bagi seorang anak lelaki. How could I try to change the fact for habi towards his mother? Ahh...aku taknak masuk neraka.

How I wish right now habi didn't said anything to MIL what I did request to him about Naurah's hair before. Aku rasa habi masih belum cakap apa-apa. Owh...harapnya aku betul. Sat lagi blh interkom dia tanya. Is it really necessary for me to trigger an awkward situation with my in laws? I think it kind of stupid kot for doing that. Walaupun aku sedih, tidakkah aku boleh telan saja semua perasaan tu tanpa perlu melukakan perasaan orang lain? Isn't that is the best thing I could do for the sake of my in law?

Kalau dengan berbuat demikian aku boleh dapat pahala segunung, kenapa aku tak buat? Ahh..bodohnya kau Sharena kalau melepaskan peluang yang semudah ini.

Sebenarnya ada opismate yg berkongsi cerita tentang rambut anaknya yg juga dipotong oleh MIL nya tanpa bertanya kpd dia dulu as a mother. Dia menasihatkan aku utk berterus tentang dgn mereka ttg perasaan kita kpd mereka spy kejadian yg sama tak berulang lagi. Atau...hati kita akan sentiasa terluka & terluka lagi bila kejadian yg sama berulang. Itulah nasihat dia kpd aku.

Entah lah. Aku serba salah & tak pasti cara yg terbaik utk handle situasi ni. Kalau aku bersuara, maknanya aku selfish krn spt bertindak utk menyelamatkan perasaan sendiri aje. Taknak heartbroken lagi, maka sanggup mengenepikan perasaan orang lain. Adakah dgn berbuat demikian aku akan berasa lebih bahagia? Atau sebaliknya?

Pengorbanan. Apakah maknanya? Sesuai sangat la bukak topik ni sebab hari raya korban pun baru aje berlalu. Menulis mmg mudah tapi erti sebenarnya pengorbanan tu semua orang ker faham?

Mungkin dalam kes aku ni, word pengorbanan boleh digunapakai. Aku berkorban utk tidak berkata apa-apa ttg perkara yg akan membuat aku sedih demi menjaga hati mereka yang wajib dihormati & disayangi spt ibu bapa sendiri. Sangat kena bukan?

Ya Allah...bersihkanlah hati ini drp sebarang buruk sangka & permudahkanlah ia utk memberi kemaafan kepada semua. Jadikanlah ia hati yg redha & berbahagia.

Samada my in law tahu atau tak berkenaan ini, aku rasa seperti aku perlu meminta maaf kepada mereka. Pergolakan hati yg berlaku kepada aku secara lansung atau pun tidak memang telah membabitkan mereka. Sebagai orang yg lebih muda sememangnya banyak yg aku perlu belajar tentang seni hidup berumahtangga bersama suami, anak & orang disekelilingnya.

From the bottom of my heart, I'm so sorry mak & ayah. Menantu ini masih banyak yg perlu dipelajari walau sudah 3 tahun lebih berkahwin. Nampaknya inilah kejadian pertama yg agak memberi kesan kpd aku bersangkut paut dengan keluarga mertua. Aku pasti di masa depan akan ada dugaan lain yg menanti. Aku harap aku akan jadi lebih matang & bijak menghadapi semua cabaran dlm perkahwinan yg akan datang.

Baru kena duga sekali dah haywire aku jadinya. Kau telah gagal dlm ujian pertama Sharena!!! +____+ my bad!my bad....

Suddenly terus dapat headache. Ahh tegang urat kepala dibuatnya!

Ingat senang nak jadi orang baik? Banyak cabaran & dugaan yg belum tentu boleh pass with flying colors. Usually mmg silap dulu sblm blh jd betol. Learn from mistakes like I do. Hurm....


p/s: thanks to blogger friends yg banyak bagi pendapat tentang perkara ini. sedikit sebanyak mmg menyedarkan aku tentang kekhilafan diri. you guys memang the best. sentiasa berterus terang & tidak menyokong aku bila aku di pihak yg salah. tegur menegur sesama kita. itulah namanya kawan kan? =)






Popular posts from this blog

Pengalaman Buat Lasek atau Trans PRK 2019

Pinggan Melamine Pasaraya Eco

Syawal Dah Tamat