Rambut Itu


Comelnya awak rambut paras bahu Naurah.....
Ibu menghitung waktu nak melihat rambut awak panjang semula.
Ibu harap sangat by the time kita nak berangkat ke Medan, rambut awak dah proper semula.
Dan yang paling Ibu harap, takkan ada lagi orang yang berani potong rambut awak tanpa meminta kebenaran Ibu dulu. Itu yang paling penting sekali.

Betapa sedihnya hati Ibu bila Nenek & Atok Johor bertanyakan tentang rambut awak yang sudah kontot. Sampai ibu terdiam tak terkata apa-apa. Walau apa pun Ibu kena juga jaga hati Ayah awak. Ibu tak boleh tunjuk ketidakpuasan hati Ibu dalam perkara ni secara terang terangan pd Atok & Nenek. Pak Su awak pon bertanya juga kepada Ibu kenapa potong rambut awak? Ibu pon masih tak mampu nak jawab. Ibu takot kalau Ibu jawab, Ibu emo & nak menangis mengingat kembali hari Ibu nampak rambut awak dah kontot.

Jadinya semua pertanyaan drp family Ibu dibiarkan tidak berjawab. Biarlah. Ibu nak lupakan kejadian ni secepat yang mungkin. Ibu doa semoga rambut awak cepat panjang. Ibu harap awak ingat pesan Ibu jangan bagi sesiapa pun potong rambut awak kecuali Ibu.





Popular Posts