Sebulan Je Lagi

Haaa...kan betol aku tak preggy. Awal sehari dia dah menunjukkan dirinya. Tak payah runsing dia datang lambat ke ape. Cepat je memunculkan diri supaya tuan punya badan tak fikir bebukan. Hahaha. Kuciwa tu ada la jugak. Tapi macam dah immune kot sebab dah 5 bulan berusaha. Lama-lama jadi tak kisah mana. Tenangkan diri dgn berfikir Allah tahu yang terbaik utk diri kita. Be positive. Enjoy my life to the fullest. At least ada anak dara yang makin bijak mengisi ruang dihati. Bersyukur dengan apa yg ada & hargainya =)

Hari nie genap sebulan nak fly ke Medan. Perasaan aku bercampur baur. Kejap cam excited, kejap macam seram-seram kuku. Untuk belanja kat sana memang aku sorang yang cover utk 3 beranak neh. Yelah..habi kan dah bayar utk ticket flight & hotel. Kenalah bahagi sama rata kan? Aku limitkan belanja dalam RM1k aje. Kalau tak habis lagi bagos. Hahaha. Harapan.

Dapat tengok serba sikit life kat Medan macam dah OK bagi aku. Takdelah beriya sangat nak jalan kesana kemari. Bershopping pun tidak terniat juga. Tapi bila Kak Ya & my parents join the holiday, nampak gaya macam kena jugak jalan sampai ke Danau Toba & Brastagi. Depends on Kak Ya lah sebab bajet aku ni ciput aje. Biasalah orang yang paling banyak duit la kena sponsor sana sini kan? Aku kalau byk duit pon x kisah maa belanja ahli keluarga sendiri. Duit boleh dicari, tapi kebahagiaan manusia tu tak boleh ditukar ganti. Apatah lagi pd ibu bapa sendiri.

Since mak abah tak dapat pegi Haji this year, diharap percutian ke Medan nanti dapat mengubat sedikit kedukaan di hati mereka. InsyaAllah.

Kalau ikutkan hati aku, memang nak lepak-lepak dalam bilik hotel tido lama-lama tanpa perlu berkira dengan masa. Alangkah bestnya. Pada aku itulah percutian yang sebenar. Dapat merehatkan minda & badan. Kalau dapat berurut lagi heaven. Haha. Sebenarnya kalau holiday bertiga mmg kitorang free & easy aje. Rasa boring, keluar. Rasa tak boring, tido, berguling dgn Naurah or layan tv dlm bilik. Siryes best macam tu. Pegi tempat menarik mana yg sempat ajelah. Tak kisah tak dapat pegi byk tempat pon. Yang penting dah penah jejak kaki. Apeadehal. Bukan keluar soalan dlm exam pon pegi sana tak? Pegi sini tak?

So bila balik ke office, kita rasa segar & bersemangat semula bekerja. Sebab tuelah aku sangat suka pergi berjalan kesana sini. Sementara masih mampu & masih bertenaga nih kan. Sok-sok dah tua lain pulak ceritanya asyik melayan penyakit itu ini huhuhu

Harap sangat semua orang enjoy dengan percutian ni nanti. Dan moga Allah lindungi keselamatan kami sekeluarga. Jauhi drp orang-orang yg berniat jahat. At the moment urusan driver & kenderaan sudah hampir settle. Alhamdulillah. Dipermudahkan segalanya.

Happy sangat sebab dapat belanja adik-adik 2 orang tu. Itu ajelah kakak tak bape nak kaya nie mampu buat utk korang. Kakak yg kaya kali nie belanja mak abah aje. Ringan sikit beban dia hihi. Nanti kalau kakak-kakak ni susah-susah jangan lupa tolong mana yg mampu yer adik-adik! ^___^







Popular Posts