D-Day Is Tomorrow

Esok dah nak fly ke Medan. Barang semua satu hape pon tak packing lagi. Dah la flight pagi around 8.45am gitu. International flight usually kena ada kat sana 2 hours before departure kan? Tapi kami dah web check in pergi dah balik. So takdelah risau sangat kot. Sampai sana cuma kena weigh in luggage ajelah. Habi pon dah beli additional luggage for 15kg pegi & 40kg balik. Harapnya cukup lah tu.

Macam manalah gaknye cuaca kat Medan sana kan? Aku risau jugak buatnya hujan sokmo macam kat negara kita neh. Kang aku pon rasa nak hibernate aje dalam bilik hotel tak pergi mana. Haha. Rugi kot dah pergi tempat orang tak jalan tengok life kat sana. Nak sampai entah bilanya lagi kan?

By right mak, abah & Iraz dah sampai kat rumah aku malam td. Tp datang hantar lauk aje pastu teruskan perjalanan ke rumah Kak Ya in KL. Malam nie after Kak Ya balik keje barulah gerak bermalam kat rumah aku. I bet Abg Eddy & Ayan pon akn datang malam ni jugak at my house. Bergelimpangan la semua orang tido. Rumah tu dah la tak besar mana. Seb baek utk 1 malam aje. Harap semua orang dapat bertahan ^^

Esok paling lewat pukul 7am dah kena keluar dari rumah. 2 kereta aje kot park kat LCCT. Masa ke Penang bulan May ritu kami kena caj RM60 camtu lah utk 3 hari park. Per entry RM20 kalau tak silapnya. Itu pon jenuh la berjalan dr tempat parking ke airport. Habi dukung Naurah, aku tarik bagasi. Tak larat woh nak dukung budak tu lama-lama. Aku rela lagi tarik bagasi drp dukung dia huhu.

Harap sangat takde masalah dengan pihak yang aku dah janji utk pengangkutan kami kat sana. Rasa terbeban sket pasal nie sebab memang aku yg deal dengan orang sana. Budak tu soh aku sms dulu b4 naik flight takot flight delay ke hape. Errr boleh ker sms gune no. Malaysia hantar ke no. Indonesia ekk? Sori la kalau soalan ni agak bodoh kedengarannya hewhewww. Aku lemah sket bab telekomunikasi neh. Usually aku memang OFF aje henfon kalau pergi oversea. Orang kan selalu kata caj roaming klu kt oversea nie quite pricey. So langkah selamat adalah OFF kan aje ^^

Owhh...harap sangat everything went well with the transport, weather and so on. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami & moga kami selamat pergi & balik. Amin.





Popular Posts